Sebagaimana yang kita tahu menjadi student adalah memenatkan pada hari pendaftaran serta minggu2 terawal. Saya terasa sedikit kecewa dengan pengurusan bank di U ini kerana setiap pendaftaran untuk buka akaun memakan masa dua hari. Ini bermakna esok pun kena pi dekat bank tu juga untuk mengambil no akaun. Kelas yang semakin padat telah bermula dan masa kosong pun telah menjadi kurang. Perjalanan masih jauh (bank tu memang jauh, dekat pakgat).
Tetapi ini merupakan titik mula perjalanan untuk menguji kesabaran dan juga ketabahan untuk menempuh masa-masa yang akan datang. Seperti pepatah melayu berkata " bersusah susah dahulu bersenang-senang kemudian".
Apa-apa yang penting adalah startegi dan perancangan yang begitu dinamis dan efektif membolehkan kita mengatur langkah di hadapan. Perubahan perlu dilakukan, kerja tangguh tidak membawa apa-apa faedah baik. Tetapi ada sesuatu kebaikan dalam tangguh ini, iaitu makan di kedai makan. Tangguh untuh bayar. Kalau bayar awal mungkin kita tidak tahu orang tu nak belanja kita. So .. bayar last2.. kalau ada rezeki makan cemey lah.haha.
(macam ayat sastera pulak)
No comments:
Post a Comment