Monday, July 28, 2008

-depa mai lepak rumah sewa saya-



tiada dalam gambar : wanzul(jurukamera)

-balik kampung-




-d kilang-





Thursday, July 24, 2008

-lalallaa-

penatnya kerja

Tuesday, July 22, 2008

-rumah an-

ni aku kat rumah an menikmati internet ceme...
ehehehhee...
itu saja.. sekian..

Friday, July 18, 2008

-seminggu di ASE-

masuk hari ni kira² dah 5 hari aku dok kat penang nie..
kerja kat ASE as Test Technician.boleh tahan la.
kerja berdiri.sekarang masih normal shif.9jam.lepas ni 12 jam.mampoih,
kerja 4 hari ,.. cuti 3 hari.. kerja 3 hari.. cuti 4 hari..
rasa betapa aslinya diri ni bila takdak internet,... hahaha..
ni pun online kat cc .. dah taktau nak buat apa jumaat malam nie..
ok lah... ngantuk2

Monday, July 14, 2008

-persiapan pindah ke penang-

Rindu nak tinggal rumah..

Sunday, July 13, 2008

-penunggu-


aku nak pi kerja dah.. dia ni akan jaga blog nei.. si penunggu yang setia..

Friday, July 11, 2008

-selamat tinggal-

selamat tinggal kedah...
selamat tinggal internet..
selamat tinggal air-cooler...
selamat tinggal komputer...
selamat tinggal altec lansing..
selamat tinggal sonic gear...
selamat tinggal jeming kampung huma...
selamat tinggal kam seng...
selamat tinggal fotografi...
selamat tinggal danau cafe...
selamat tinggal char kotiau gani...

aku ditempatkan di bayan lepas ,penang.. kilang ASE.. sekian..

Friday, July 4, 2008

-penang ASE-

hari rabu 2-7-08 ,aku bergegas ke penang pagi tu ada intervew dengan kilang ASE kat bayan lepas. setelah sampai di sana, aku kena jawab soalan ujian dulu, lepas tu baru interview. time tu aku sorang je interview untuk jawatan manager, yang lain semua operator. soalan yang dia tanya time interview aritu berbunyi begini...

Interviewer : Could u explain what is mechatronic?

aku : Mechatronic is combination of elctronic and mechanical like robotic. Interviewer : In robotic, which one electronic and mechanical.

dengan lantas aku menjawab,

aku : could i speak malay, because its dificult to me to explain to u clearly in english because i study ini bahasa.


Interviewer : yes2.. teruskan..


aku : bla ,,. bla bla.. l
epas tu dia dok tanya pasai sistem kawalan, laplace.. mati aku..
last2 sekali dia sembang macam biasa ja.. tanya keadaan kilang padi depan skolah lama aku dulu.. pastu tanya jalan kot alor star.. pastu tanya pasai download movie pakai internet.. adeh.. penat ku menjawab.. interviewer tu pun muda dan melayu..

Habis je intervew aku taktau nak pi mana.. aku pergi lepak di quensbay mall dulu jalan2 kena ekon sementara tunggu abang aku balik kerja..

Lepas lepak2 kat rumah abang aku, an ajaq pi minum ayaq nyok kat seagate beach...

pastu aku balik tidur tak sedarkan diri.. sedar2 dah pukul 11 malam dah.. aku dengan an sekali lagi lepak dekat summer bay jerajak layan sotong goreng tepung.. tak sedap langsung haha..
pastu balik tidur la .. an pun nak kerja esok tu.. Tengah2 tidur hujan dengan lebatnya kilat sabung menyabung sampai banjir depan rumah abang aku kat bukit gedung..

Pada keesokan harinya, aku pun pi prai tengok kilang lama aku praktikal dulu, jumpa kawan2 lama.. makan apa semua..


Hari tu aku tidur kat rumah paklong, jalan2 pusing prai seberang jaya karokey apa dulu..
lepas tu baru balik sini.... sekian..


Tuesday, July 1, 2008

-interveiw-

nama saya muhammad alif shafiq bin arof.
saya berasal dari negeri kedah, dan masih menetap di kedah.
saya mempunyai 4 orang adik beradik.
ayah saya merupakan seorang pesara posmen dan ibu saya masih bekerja sebagai kerani.
abang saya pula bekerja di sebuah kilang di bayan lepas dan adik2 saya masih lagi bersekolah.
Saya mengambil jurusan elektrik dan elektronik di sekolah menengah teknik alor star.
Selepas habis saja spm, saya bekerja sebagai komputer maintanance di cybercafe selama 5 bulan.
Selepas itu saya sambung belajar di polimas dalam kursus diploma kejuruteraan mekatronik.
Dari situ saya banyak mengenali tentang elektrik dan mekanikal di dalam industri.
Pada semester 4, saya telah menjalani latihan industri di sebuah kilang di prai iaitu kilang frencken.
Dari situ saya belajar mengenali mesin dan cara kerja di kilang tersebut selama 6 bulan.
Saya duduk di bahagian mechatronik department (production) dan membuat assembly produk.
Saya juga telah belajar menggunakan mesin2 di situ, antaranya ialah horizantol bend saw machine.
Dengan ini saya telah dapat meningkatkan ilmu dan pengalaman serba sikit dan juga dapat mendisiplinkan diri.
Setelah tamat praktikal, saya bekerja sebagai part time worker di kilang permintex selama dua minggu sementara hendak masuk semester 5.
pada semester 6, saya telah membuat final projek yang bertajuk home advance security.