Sunday, May 29, 2011

Pagi tadi line maxis laju mcm 4MB


Kat penang ni saya guna maxis broadband adik saya, plan yang murah sekali, RM38 quota takat 1.5Gb. 20 haribulan haritu reset date untuk bandwidth, tetapi hari ni, baru 9 hari dah reach limit. Mana tak reachnya, download speed sodap mcm tu. sampai terlupa pulak tengah pakai maxis, ingat mcm streamyx, main download ja sebab takda quota. So sekarang ni terpaksalah berhadapan dengan internet yang lembab ini, cara ping of death pun x membantu nak dapat line laju dah. (+_+)

Thursday, May 26, 2011

Panorama depan rumahku di Queensbay Penang

Dah dua hari asyik tidur petang saja, akibat penat membuang masa di kilang. Sebenarnya buang masa lebih penat dari bekerja. Hehe. Ok apa pun entry kali ni bukan nak cerita pasal kerja, tetapi untuk melihat pemandangan di hadapan rumah sewa saya di Queensbay Penang.

Pandangan depan kiri rumah

Pandangan depan kanan rumah

Ada court tenis dan basket ball, tapi apartment depan punya

Kapal terbang

Abang hensem woo

Hari kedua praktikal di ASE

Minggu ni ada audit di kilang, jadi semua pekerja agak sibuk dengan hal masing-masing, tinggallah pekerja baru dan trainee yang seperti tiada arah tujuan di training room. Selepas saja lunch, saya dibawa berjumpa supervisior saya, Mr Fakhrul, yang mana bertanggungjawab dalam menentukan halatuju trainee seperti kami ini. Oleh sebab minggu ini agak sibuk, kami diberi beberapa dokumen untuk dibaca dan dihayati sedalam-dalamnya. Selepas itu kami dibawa untuk masuk line production untuk overview bagaimana production jalan, dari mesin ke mesin. Pekerja baru sangat ramai, time saya kerja dulu no pekerja 159xx (2008), sekarang ni dah 175xx, jadi ramai pekerja lama telah keluar. Nasib baik ada kawan, wadi, boleh juga sembang, kalau sorang diri mesti dok kia sorang-sorang. Lepas tu ada sorang engineer fresh, budak sabah, graduate unimap, yang tu ok skit mau sembang, kalau yang tua-tua ni biasa la, ego skit. Hehe.

Tuesday, May 24, 2011

Hari pertama praktikal di ASE

Salam.. hari ni merupakan bukan hari pertamaku di ASE, sebuah kilang buat wafer bagi budak2 makan. Hehe, ASE kilang subcon, buat unit chipset bla bla bla, xpenting pun. Dulu saya pernah bekerja di sini selama 5 bulan sebelum sambung belajar di UTHM. Time tu hujung tahun 2008, ekonomi gawat, kebetulan terdapat pula panggilan untuk sambung belajar di UTHM, jadi saya resign dan memilih untuk menyambung pelajaran di bidang mekanikal. Selama 3 tahun tempoh belajar, kali ni ada cuti panjang, 4 bulan, jadi saya tarik buat LI siap2, sepatutnya LI hujung sekali pembelajaran, tetapi saya tarik buat awal2 sebab nak mengisi cuti yang lama ini, jadi lepas habis LI ada lagi satu sem, then, tamatlah ijazah saya. Kebetulan last2 minute Mr Norizam, HR ASE call, dia cakap nak pakai lagi budak praktikal, so terus rojer member2. Wadi ikut saya, jadi tak la boring sangat di kilang. Hari pertama pergi ke kilang sudah diduga dengan hujan lebat ketika nak sampai kilang. Basah lokoih bak kata wadi. Anyway seperti biasa lah di kilang, mula2 kena briefing bla bla bla pasal kilang, walaupun dulu time technician pun dah briefing benda yang sama ja, dengar ajelah, xkan nak berlagak sombong kot, sedar diri.Hahaha.
Gambar kat bawah ni time sesi penggambaran. Orang yang dalam gambar tu adalah Asrul Wadi.


Sunday, May 22, 2011

Bercuti di Penang ketika hantar barang untuk LI kat ASE

Semalam saya dan family, (tak termasuk abah, dia sibuk rumah sewa), (azmeer takda masih lagi di seremban), (johan pun xda sebab ada kursus), so kami jelah yang pergi bercuti termasuk anak angkat mak kak anim dan kak ika. Hari tu pergi penang sebab nak hantar barang rumah sewa, sewa dekat dengan Queensbay, untuk buat latihan industri dekat ASE selama dua bulan setengah. Maklumlah cuti kali sampai 4 bulan, jadi dari dok rumah saja baik tarik LI buat siap-siap time cuti ni. Lepas hantar je kat rumah sewa, terus pergi bercuti kat Batu Ferringhi, kat WaveRunner Guest House. Murah ja kat situ, semalam RM120. Katil queen 2, tv, ekon, almari, heater, meja tulis, bilik air, dan ada juga pasir, kena sapu dulu. Haha. Chalet dia betul2 tepi laut. Kalau tidur tu boleh dengar bunyi ombak.

Kelajuan feri. 14.3km/j.. sebelum ni test ambek 18km/j. Hari ni mungkin feri berat skit kot.



Ibuku tercinta

Star kurus

Naik jetski tengah malam

Ibuku yang slim dan cantik


Thursday, May 19, 2011

Sejarah ACAB (All Cap are Bastard)

ACAB merupakan satu band skinhead yang terkenal suatu masa dahulu. Ia sangat digilai oleh pemuda-pemuda tambahan lagi budak-budak sekolah menengah yang hidup berpegang kepada skinhead life. Kalau nak diikutkan dari segi muzik, ACAB merupakan salah satu band yang muziknya senang diikut, dimain di pusat jamming, dan layan. Lagu mereka berentakkan hip hop, ha bukan, bergurau saja. Mereka membawa muzik yang sedap didengar, hanya dengan menggunakan metal zone saja dah boleh bawa lagu mereka ini, pastikan tangan anda pandai pump mute yer.

Sejarah ACAB bermula apabila empat orang muda yang merupakan pelajar sebuah universiti tidak dikenali di Russia, mengambil jurusan Ijazah perancang bandar dan wilayah, mereka satu kelas, kecuali nadzme, dia kena carry semester, jadi dia habis belajar lewat sedikit.

Kumpulan ini diketuai oleh Megat Hafiz Sukri yang merupakan seorang anak yang degil dan tidak suka dengan kerajaan. Maka ia membuat satu band ACAB untuk meluahkan perasaannya yang tidak suka pada semua yang tidak disukainya.

Mereka merupakan ahli kumpulan ACAB (All Cap are Bastard), gambar diambil pada 1895, tak percaya sila tengok baju guitarist second tu.

Ni merupakan Megat Hafiz. Sekarang dah resign dari ACAB dan The ACAB. Dia join raja lawak pulak dan menyamar sebagai Zizan.

Yang ini nadzme, drummer gantian. Dia sempat bersama ACAB selama 1 bulan sahaja. Disebabkan berat badannya yang naik secara mendadak, beliau dinasihatkan oleh doktor agar berhenti bermain drum dan jadi jurukamera sambilan agar berat badannya tidak terus meningkat lagi.

Jangan terkejut. Mereka juga melakukan aktiviti pemujaan terhadap lampu-lampu terutama lampu spotlight dan speedlight. Kini, mereka semua telah insaf dan menjadi ahli tabliq surau taman mahsuri.

Begitulah ceritanya tentang sejarah ACAB. Ambil yang keruh, buang yang jernih.
Jihad for LIFE.

Wednesday, May 18, 2011

Zizry yang menjangkau 3 tahun



rambut dah mcm abu bakar elah

Makan di Kuala Perlis

Terasa ingin merasa angin pantai, maka datanglah ia ke Pantai kuala perlis menikmati makanan laut dan angin pantai.



Monday, May 16, 2011

Kayak time di darulaman park

Hari-hari asyik terperap di rumah, seronok juga kalau pergi beristirehat bersama family di darulaman park (tasek). Last dulu pernah naik kayak yang jenis dua orang punya, tapi kali ini ambil yang sorang punya. Melelong jugak nak bawa sebab ringan sangat.

Kak ika dan fatin

Aku naik sorang-sorang

Darulaman Park


 Mak dengan anak angkat



Cubaan berdiri yang menyebabkan kayak tu hampir terbalik

First Time memancing dapat ikan

Dari kecil lagi saya memancing, pernah memiliki joran, tetapi tak pernah dapat ikan. Dulu, time kecik, dalam darjah tiga, mancing pakai umpan katak, udang, cacing, dan yang katak palsu tu. Tetapi tak pernah dapat ikan. So, dah malas dah la nak mancing. Dulu antara tempat yang top untuk mancing kat sungai tok awang (lampam), tasik darulaman (time tak jadi tasik lagi), sungai jitra, dll. Dua tiga hari lepas, hamdan ajak pergi mancing dekat sungai kuala pai, mancing dalam kul 6 setengah sampai 7 setengah, saja mancing sebab dah alang-alang balik kampung. Akhirnya berhasil juga dapat 2 ekor lampam.

Persediaan buat umpan guna dedak dan tepung

Yang ni joran aku pinjam, kecik ja tapi dapat 2 ekor ikan


Tudia cari makan kot dalam kampung



My Birthday 12 May 1987 yang ke 24

Hari jadi saya jatuh pada 12 May 1987 di mana sekarang umur saya telah meningkat ke 24 tahun. Dan kali ini merupakan sambutan hari jadi kali pertama sejak saya dilahirkan. Terima kasih kepada yang sudi datang. Maaflah sambutan buat kecil-kecilan, hanya yang terdekat saja saya panggil. Terima kasih kepada ibu dan bapa saya yang telah membuat sambutan hari jadi saya yang dirancang 1 jam sebelum hari jadi. Haha.

Inilah kek yang telah ditempah oleh mak time beliau balik kerja

Lilin terlampau banyak sampai kek cair

Time nak tiup lilin

Tetamu yang hadir

Iqbal, cameraman

Album terbaru

Berlakon je semua tu

Album pertama unggu