Thursday, May 19, 2011

Sejarah ACAB (All Cap are Bastard)

ACAB merupakan satu band skinhead yang terkenal suatu masa dahulu. Ia sangat digilai oleh pemuda-pemuda tambahan lagi budak-budak sekolah menengah yang hidup berpegang kepada skinhead life. Kalau nak diikutkan dari segi muzik, ACAB merupakan salah satu band yang muziknya senang diikut, dimain di pusat jamming, dan layan. Lagu mereka berentakkan hip hop, ha bukan, bergurau saja. Mereka membawa muzik yang sedap didengar, hanya dengan menggunakan metal zone saja dah boleh bawa lagu mereka ini, pastikan tangan anda pandai pump mute yer.

Sejarah ACAB bermula apabila empat orang muda yang merupakan pelajar sebuah universiti tidak dikenali di Russia, mengambil jurusan Ijazah perancang bandar dan wilayah, mereka satu kelas, kecuali nadzme, dia kena carry semester, jadi dia habis belajar lewat sedikit.

Kumpulan ini diketuai oleh Megat Hafiz Sukri yang merupakan seorang anak yang degil dan tidak suka dengan kerajaan. Maka ia membuat satu band ACAB untuk meluahkan perasaannya yang tidak suka pada semua yang tidak disukainya.

Mereka merupakan ahli kumpulan ACAB (All Cap are Bastard), gambar diambil pada 1895, tak percaya sila tengok baju guitarist second tu.

Ni merupakan Megat Hafiz. Sekarang dah resign dari ACAB dan The ACAB. Dia join raja lawak pulak dan menyamar sebagai Zizan.

Yang ini nadzme, drummer gantian. Dia sempat bersama ACAB selama 1 bulan sahaja. Disebabkan berat badannya yang naik secara mendadak, beliau dinasihatkan oleh doktor agar berhenti bermain drum dan jadi jurukamera sambilan agar berat badannya tidak terus meningkat lagi.

Jangan terkejut. Mereka juga melakukan aktiviti pemujaan terhadap lampu-lampu terutama lampu spotlight dan speedlight. Kini, mereka semua telah insaf dan menjadi ahli tabliq surau taman mahsuri.

Begitulah ceritanya tentang sejarah ACAB. Ambil yang keruh, buang yang jernih.
Jihad for LIFE.

No comments:

Post a Comment