Thursday, May 26, 2011

Hari kedua praktikal di ASE

Minggu ni ada audit di kilang, jadi semua pekerja agak sibuk dengan hal masing-masing, tinggallah pekerja baru dan trainee yang seperti tiada arah tujuan di training room. Selepas saja lunch, saya dibawa berjumpa supervisior saya, Mr Fakhrul, yang mana bertanggungjawab dalam menentukan halatuju trainee seperti kami ini. Oleh sebab minggu ini agak sibuk, kami diberi beberapa dokumen untuk dibaca dan dihayati sedalam-dalamnya. Selepas itu kami dibawa untuk masuk line production untuk overview bagaimana production jalan, dari mesin ke mesin. Pekerja baru sangat ramai, time saya kerja dulu no pekerja 159xx (2008), sekarang ni dah 175xx, jadi ramai pekerja lama telah keluar. Nasib baik ada kawan, wadi, boleh juga sembang, kalau sorang diri mesti dok kia sorang-sorang. Lepas tu ada sorang engineer fresh, budak sabah, graduate unimap, yang tu ok skit mau sembang, kalau yang tua-tua ni biasa la, ego skit. Hehe.

No comments:

Post a Comment