Tahun baru 2009 dah nak sampai dan mesti ramai anak-anak di luar sana akan keluar melepak dan berfoya-foya di luar sana. Selalunya malam new year berlakunya banyak dosa yang kita tidak nampak. Kalau yang kita nampak memanglah begitu banyak. Antaranya berlakunya maksiat antara remaja perempuan dan lelaki, berkumpul dan melihat konsert yang melalaikan, mencemarkan alam sekitar dengan membuang sampah dan bermain mercun roket, membahayakan diri di jalan raya, serta bermacam-macam lagi.
Di sini saya nak seru kepada semua warga masyarakat muslim dan muslimah agar tidak terlibat dengan aktiviti tidak sihat ini, walaupun buat sesuatu sentiasalah ingat tuhan dan janganlah terlalu gembira, kerana terlalu gembira akan membuatkan kita sedih di kemudian masa. Walaupun apa yang kita buat kita haruslah berfikir dan jangan buat benda-benda terlarang.
Kepada polis-polis janganlah mengutip rasuah di malam tahun baru kerana ramai remaja yang tidak berlesen akan turut serta dalam majlis2 pada malam itu. Kalau nak saman, saman terus. Kalau tak mahu saman, tak payah saman.
Di sini jugak saya nak seru kepada semua orang agar berfikir positif kepada semua perkara, dan janganlah negatif sekiranya tiada bukti. Apa yang kita lihat kadang-kadang tak semuanya betul.
Oleh itu, jika terdapat rakan-rakan yang lain yang kita rasa tak OK kita haruslah menegurnya sebelum mereka jauh lebih hanyut.
Tegurlah dengan fizikal jika berani, dengan kata-kata jika berani sikit, dan dengan hati jika takmau orang tu terasa dan rasa hilang kawan.(ntah betul ke tak ayat ne, macam pelik ja).
Sekian dari saya,
Yang baik itu datang dari Allah,
Yang buruk datang dari saya sendiri.
Disini saya uraikan serangkap pantun.
Berbahagi bahasa pencetus bangsa,
Hilangnya helang ditiup angin,
Kalau ada salah dan silap,
Saya minta maaf.
Sekian.
No comments:
Post a Comment