Wednesday, December 31, 2008

-my room-








This is my room. I lovinit.

-sejuknya pagi-



standard waktu set jam pagi kat sini aku set pukul 6 setengah campur snooze beberapa kali bangun la tidur.dah berapa lama tak mandi sejuk-sejuk begini terasa kegigilan menusuk ke tiap rusuk tulang.. grrr.... kan bagus kalau ada heater.


.

-myspace friendster hi5-

hi all,

Im totally using friendster for my main portal friends.
For myspace n hi5 4 years sekali baru i log in.
Tq

Regards,
Alif

Tuesday, December 30, 2008

-keciknya dunia nie-

xstudent SMKA kedah :

tadi aku pergi la jumpa bean (akmal hafiz). dia sekarang belajar kat sini tapi orang panggil dia jit kat sini (singkatan dari jitra). dia cerita la dia tau aku kat sini sebab faiz omar cerita. aku jumpa la faiz omar tu time aku pi semayang raya haji hari tu. dia cerita la tentang masyarakat universiti kat sini.

"Ya Allah ya tuhanku, kuatkanlah iman hambamu yang hensem ini".. amin

-kecewa sedikit-

Sebagaimana yang kita tahu menjadi student adalah memenatkan pada hari pendaftaran serta minggu2 terawal. Saya terasa sedikit kecewa dengan pengurusan bank di U ini kerana setiap pendaftaran untuk buka akaun memakan masa dua hari. Ini bermakna esok pun kena pi dekat bank tu juga untuk mengambil no akaun. Kelas yang semakin padat telah bermula dan masa kosong pun telah menjadi kurang. Perjalanan masih jauh (bank tu memang jauh, dekat pakgat).

Tetapi ini merupakan titik mula perjalanan untuk menguji kesabaran dan juga ketabahan untuk menempuh masa-masa yang akan datang. Seperti pepatah melayu berkata " bersusah susah dahulu bersenang-senang kemudian".

Apa-apa yang penting adalah startegi dan perancangan yang begitu dinamis dan efektif membolehkan kita mengatur langkah di hadapan. Perubahan perlu dilakukan, kerja tangguh tidak membawa apa-apa faedah baik. Tetapi ada sesuatu kebaikan dalam tangguh ini, iaitu makan di kedai makan. Tangguh untuh bayar. Kalau bayar awal mungkin kita tidak tahu orang tu nak belanja kita. So .. bayar last2.. kalau ada rezeki makan cemey lah.haha.

(macam ayat sastera pulak)

-teka-teki lagi-

Rumah apakah yang gunakan banyak air?

Hitam, panjang, dipeluk dan diapit dua paha.

Apa nama sudirman masa kecil?

Siape yang menemukan dompet kulit?

p/s : anda boleh jawab dalam comment

-teka teki untuk semua-

1) Kalau kapal terbang masuk gua keluar kat mana?

2) Apa yg masa hidup kita nyanyi, dah mati kita tepuk tangan?

4) Dalam banyak2 kera, kera apa pandai menaip?

5) Apa masa kecik hitam, dah besar putih?

6) Kerusi apa paling jauh?

Monday, December 29, 2008

-my Mami-



This is my mom.
Im very love her because;
-she's beautiful
-she's byk duit
-she's suka berleter (nasihat)
-she's sporting and sport (suka bersukan)
-she's muda lagi (sebab suka joging dan jaga kesihatan)
-she's pandai protes apa2 saja, contohnya harga barangan.
-she's not stingy when im mengamuk. (kalau tak mengamuk tak dapat la)
-she's jiwa muda
-she's selalu buat milo yang sakit perut (senang untuk lawas)
-she's selalu tolong apa2 pun.

im always make problem and my mom tetap pateint.
that my mom besttest in the world.
walaupun aku selalu menghabiskan wangnya dan melawan cakapnya,
aku tetap sayang dia.

Time paling sedih sekali time mak menangis time hantar aku masuk kolej UTHM.
tapi aku tak menangis pun. sebab aku dok serabut nak kemas barang. (jahat jgk aku nie)
lepas nie, hilanglah hospitaliti aku sebab aku berada jauh di selatan nie.
Anyway, big thank to mak because tak terdaya nak cakap nie.
Im sorry for the mistake that i do lastime.
But after this maybe i'll do again.
hehe.

-2009-

Tahun baru 2009 dah nak sampai dan mesti ramai anak-anak di luar sana akan keluar melepak dan berfoya-foya di luar sana. Selalunya malam new year berlakunya banyak dosa yang kita tidak nampak. Kalau yang kita nampak memanglah begitu banyak. Antaranya berlakunya maksiat antara remaja perempuan dan lelaki, berkumpul dan melihat konsert yang melalaikan, mencemarkan alam sekitar dengan membuang sampah dan bermain mercun roket, membahayakan diri di jalan raya, serta bermacam-macam lagi.

Di sini saya nak seru kepada semua warga masyarakat muslim dan muslimah agar tidak terlibat dengan aktiviti tidak sihat ini, walaupun buat sesuatu sentiasalah ingat tuhan dan janganlah terlalu gembira, kerana terlalu gembira akan membuatkan kita sedih di kemudian masa. Walaupun apa yang kita buat kita haruslah berfikir dan jangan buat benda-benda terlarang.
Kepada polis-polis janganlah mengutip rasuah di malam tahun baru kerana ramai remaja yang tidak berlesen akan turut serta dalam majlis2 pada malam itu. Kalau nak saman, saman terus. Kalau tak mahu saman, tak payah saman.

Di sini jugak saya nak seru kepada semua orang agar berfikir positif kepada semua perkara, dan janganlah negatif sekiranya tiada bukti. Apa yang kita lihat kadang-kadang tak semuanya betul.

Oleh itu, jika terdapat rakan-rakan yang lain yang kita rasa tak OK kita haruslah menegurnya sebelum mereka jauh lebih hanyut.

Tegurlah dengan fizikal jika berani, dengan kata-kata jika berani sikit, dan dengan hati jika takmau orang tu terasa dan rasa hilang kawan.(ntah betul ke tak ayat ne, macam pelik ja).

Sekian dari saya,
Yang baik itu datang dari Allah,
Yang buruk datang dari saya sendiri.

Disini saya uraikan serangkap pantun.

Berbahagi bahasa pencetus bangsa,
Hilangnya helang ditiup angin,
Kalau ada salah dan silap,
Saya minta maaf.

Sekian.

-penat berjalan di pekan batu pahat-

sebenarnya hari ni free sehari. Ni bermakna tak ada aktiviti2 yang bersangkutan dengan pihak kolej. aku mengambil keputusan untuk keluar shoping bersama rakan2 poli dulu (lan dan epi).
mata ni memang pantang tengok barang2, mengalahkan pompuan. habis dekat 200 shoping barang2 nak mengaji nie. kalau mak tau tentu dia marah nie. maaf ye mak!!(kalau mak baca blog ni) hehe.. malam nie free so aku nak setelkan borang2 yang belum setel lagi.

satu lagi masalah yang tentu orang luar di sana tidak tahu adalah masalah berbahasa. aku cuba untuk berbahasa sebelum sini tapi susah sedikit. tapi aku masih tetapkan bahasa utara sebagai bahasa komunikasi buat masa sekarang .. kecuali jika seseorang tu tak paham aku terpaksa berbahasa baku. betapa peliknya aku cakap bahasa baku. seperti seorang patrioritik la pulak.

-maal hijrah-

Saya dan keluarga ingin mengucapkan salam maalhijrah 1430 kepada semua umat islam di Malaysia khususnya dan di satu pelusuk dunia amnya. Saya berharap tahun yang baru tiba ini lebih baik dan maju dari tahun sebelumnya. Semoga amalan dan ibadah dapat dipertingkatkan serta rajin berusaha. (sembang ja.. tapi dok macam tu jugak!).
tapi harap-harap dapat memperbaiki kepada lebih baik dan menjadi lebih matang dalam melakukan sesuatu.
Sekian, wasalam.

-KENANGAN minggu haluan siswa-


lan dah balik ke kolej. gayut dengan awek sampai macam tu..dia dah berubah.. isk3..


dah jadi student inilah perkara yang tak dapat dipisahkan...



bosan dengar ceramah..



bilikku yang cantik..



keluar shoping dengan lan dan epi cari barang2 utk dishoping


-FIRST DAY AT UTHM-

"bangun.....", mak aku gerak tidur.
(bunyi ringtone henset orang call) .. abg aku miscall suruh bgn.
bangun la aku pun, mandi n siap.
so dah lepas breakfast apa semua bertolak la pi uthm nak pi daftar. dengan hujan apa semua. sampai saja di dewan aku bertemu hafifi dan kami daftar sama2 semoga dapat dok di kelas yang sama2. lepas ja daftar terus mai kolej ambil kunci bilik dan terus kemas. bilik ok cuma habuk2 ja. sampai saja di bilik family tolong angkat barang apa semua then diorang balik sebab nak kena check out hotel pukul 2.

So tinggallah aku seorang di sini. sunyi. sepi. terkurung. nasib ada member2 jugak kat sini walaupun tak ramai.bilik pun baru saja lepas kemas. dengan habuk apa semua terpaksalah lap dan susun atur barang elok2. so minggu ni minggu orientasi, terpaksa tabah la.

test la internet wifi kat sini, oh.. tak boleh masuk pulak. kena daftar dulu, so ni tengah dok patah la ni. kenderaan tak ada, internet tak ada. nasib baik ada henset, kredit pun dah low dah.
apa2pun ni penat,mau tidur dulu sambil layan boney M.
kahkah baru2 masuk dah buat bising.
hehehe..

Sunday, December 28, 2008

-disconnected for temporary-

blog tidak dapat diupdate buat seketika kerana wifi tidak didaftar lagi di sini.

Thursday, December 25, 2008

-PERJALANAN KE JOHOR-

Sekarang ni dah tiba dekat sungai buloh dah nie.dah 455km perjalanan. dok ada lagi setengah lagi perjalanan. memenatkan dan sakit belakang.

terdapat dua eksiden sepanjang perjalanan.
yang pertama dekat perhentian RnR gurun.
time tu tengah tunggu adik pi kencing.
tetiba dengar bunyi "gup".
tengok2 belakang kereta dah terbabas dan terbalik dah.
rasa macam teruja pun ada.tiba2 ja.
time tu awal pagi.baru dalam pukul 8 pagi.






sepanjang perjalanan me tidur saja kat sebelah nie.
singgah penang dulu ambek abg pi sekali.
eksiden kedua pulak dekat mana pun aku taktau.
tapi kawasan perak la.
apa kepunca pun taktau.




ni pulak gambar terowong ipoh, besar kan.pErak nie.ngeh...




sampai ja di johor pukui 8, sampai depan U.. campur sesat apa semua..
dok ada 780 kilometer perjalanan..






buat sementara malam ni bermalam kat golden hotel.. batu pahat..


Wednesday, December 24, 2008

-kenduri kulim-



hari ahad lepas aku pi kulim shoot gambar kahwin sue dan khairul. perkahwinan dijalankan dalam dewan. so susahnya di sini tak dapat nak bum flash jadi terpaksa gunakan teknik pembahagi bayang.
dapat la upah skit maple bagi pi shoping barang2 kat guardien miskin terus. hahaha.

Monday, December 22, 2008

-my best chinese frenz-


Saturday, December 20, 2008

-TANPA-

6ixth Sense - Tanpa Lirik :-
resah yang ku
ubah dalam kata
melukiskan kesunyian
tanpa engkau aku tak mengerti


meski
pagi itu menatapi
akan sunyi tanpamu
menemani aku sepi

tanpa..
cintamu aku resah
tanpa..
kasihmu aku hampa
tanpa..
dirimu aku nanti
hooo…


p/s: aku benci lagu ni. dengar tomok nyanyi lagi sedap.sengau!!

Thursday, December 18, 2008

-e.d.w.a.r.d HASTE-


-say no to ANTIGUM-

yeah..
yeah..
kami suka singgam..
lepas makan ja..
pi letak kat merata..
letak bawah kasut..
letak kat bawah meja sekolah..
kami suka singgam..
yeah..

daripada,
-geng2 jahat-

Wednesday, December 17, 2008

-peringatan utk kaki wifi di kedai makan-

ini adalah peringatan.
terutama kaki wifi.
yg wifi di kedai mkn.
terutama nasi kandar.
pastikan laptop anda bersih selepas guna.
kerna minyak2 atau jari yang tak bersih.
akan mengotorkan laptop.
dan bila balik rumah.
atau rumah kawan.
atau rumah sewa.
atau rumah banglo.
bila cas laptop.
atas lantai ka.
atas meja ka.
si semut kecil akan merayap2.
sekian.

-benci pada TELEKOM-

sebenarnya bukan benci pada telekom.
tapi benci pada kontraktornya.
dulu sebelum ni dah pakai dah talipon kat rumah.
so lepas tu pindah p penang.
lepas tu pindah mai ke jitra balik.
proses pindah rm50, ok, boleh diterima.
tapi yang kontraktor ni datang rumah, cek telefon, mintak rm50.
padahal cas rm30 untuk wiring dalam rumah, tapi nie wiring dah ada dah.
just nak aktifkan saja.
last2 my father keluar tanya "telekom cakap rm30, tu pun kalau ada wiring".
kontraktor nie ketar la. dia pun tak cakap banyak.
tapi dia dok pusing ayat apa ntah.
last2 bagi rm30 kat dia.
daripada dok dengar dia dok bohong.
fuh, takmau dengar bohong pun kena bayar sekarang nie.
mampus.

-hAri deMam-



demam berlaku dengan pantas.
jam lapan malam start demam.
mlm tu jugak telan panadol 4biji bersama air cap badan.
lekat kool fever tak atas kepala dan kaki.
esok lega.
so bolehlah sapa2 kalau nak mencuba.

Sunday, December 14, 2008

-makanlah Sayur-sayuran-



ku mencari .. ku tercari.. apa yang dicari..
sayur-sayuran campur tapi tak jumpa...
last2 jumpa pisang kaki..
Nah!!! sapa tak pernah tengok pisang kaki .. ni dia.. tengok bawah.


-ConVerTion-

No need girl.
Vegeterian.
Control body system.
Free sugar.
Free oil.
Strong mindset.
Offset to the normal life.


-Difficult try-

Saturday, December 13, 2008

-so-easycamp by easyphamax-

Sintok, 12-13 disember 2008-
Program easycamp yang telah dianjurkan oleh easyphamax di UUM inn sintok kedah.
Matlamat program ni adalah untuk membuang "plak mukoid" yang berada dalam usus perut manusia di samping menambahkan pendapatan.
Tapi aku pi ni bukan untuk menambahkan pendapatan pun, pi sebab free saja.Mak ajak.ikut ler.
Dua hari peserta dilarang langsung mengambil sebarang pemakanan kecuali makanan yang disediakan oleh pihak penganjur.
Antara makanan yang disediakan adalah air kosong dan jugak ubat2 untuk dibancuh dengan air kosong tu.
semua orang kata memang pahit.
Tapi takleh tahan jugak tak kena nasik. so malam tu aku lari keluar pi beli nasi goreng. wah,, kenyangnya.
Esok tu baru plak mukoid tu keluar.
Antara aktiviti yang dibuat adalah senaman, minum produk.sehari ulang hat tu saja dekat 10 kali.
Yang lain dengar ceramah je lah.





Thursday, December 11, 2008

-conection kat yasmin-



ada la satu malam nie saya pi yasmin dengan apit halim. niat tu nak makan ja. sebab baru lepas main tenet kat football corner. laptop nie ada kat sebelah la. lepas makan tu ingat malas nak balik lagi. bukak la laptop saja syok2 surf ptptn punya website. pastu bosan2 nak download misilnous nie. gilak.. download dia laju gila. average 170-220 kilobai per second. gilak laju. esok malam kena bertapak lagi di situ nampaknya..

-lecehnya hospital kerajaan-



anyway kebetulan saya nak buat medical checkup untuk pendaftaran uthm nanti. so hari ni memang plan nak p hospital la buat medical check up. dalam masa yang sama kebetulan pulak mak chaq (mak saudara) saya ada di rumah, gerak pagi2 ajak pi hospital dia sakit kaki. dengan semangatnya saya pun mandi dan bersiap.

prepare borang medical check up apa semua.. lepas tu start kereta pi hospital sultanah bahiyah. sampai ja di situ saya pun menurunkan mak chaq dari kereta dan terus ke kaunter. mak chaq saya berjalan dengan terencut2. punya jauh jalan, sampai ja di situ dia cakap tak bleh nak berubat. dia suruh p klinik kesihatan alor setar. dah le parking jauh, kena jalan pi kat kereta dengan terencut2 lagi. tak apalah. bersabar....

lepas tu terus la pergi ke klinik kesihatan alor setar (dulu dikenali sebagai hospital besar alor setar).ambek number dan tunggu dekat 4 jam tak sampai2 lagi number. memang fedup la mak chaq saya. tapi saya tak fedup. saya pi makan dengan cikgu naza dekat old delight alor star. anyway nak rekemen tempat tumemang sedap. tempat tu dekat sebelah siti plaza. bajet dalam rm50 ja untuk makan tengahari dua orang. tak mahal pun. sedap.

so mak chaq saya pun telefon ajak balik.. tak bleh blah dengan tunggu lama2. last2 kami pi klinik banai.
cepat pun cepat. yang saya pulak pi spital sultanah bahiyah nak buat medical checkup dia suruh pi klinik alor star. lepastu alor star pulak suruh p spital jitra. sana kata sini. sini kata sana. leceh tul.

tapi dulu time masuk poli pemeriksaan rm20 ja. sekarang rm80 sebab skali xray. hampeh tul.

-edward boxer-


ni boxer aku beli kat giant dia tulis EDW..

aku taktau la sama ada EDWIN ka atau EDWARD

haha.. so aku nak bagi penjenamaan..

kepada edward.. aku akan teringat hang bila hang pakai boxer nie


Tuesday, December 9, 2008

-gila wifi-

"loco" - col chamber

start dari beli laptop saya dah gila nak ber"wifi" cemey kat stesen2 wifi cemey nie.
first skali kat rumah penang.wifi cemey penang punya.best gila
tapi sekarang dah tak dok kat penang dah tak merasa la semua tu.
Bila dok kat jitra ni pulak terpaksa la pi rosteran2 yg menyediakan wifi nie..
port utama yasmin nasi kandar dan football corner la.. (dulu dikenali sebagai nasi ayam periuk besar)
ni dah masuk 4 jam main tenet tanpa henti.
bosan la pulak. tu yang tulis blog tu.hah.

-raya haji-

Raya haji pada tahun ini saya beraya di rumah saya di waktu pagi iaitu di bandar darul aman, jitra.
Pagi-pagi lagi mak saya sudah bising gerak saya bangun subuh. Lepas tu tidur balik kena bising lagi suruh bangun pi masjid.
Next, pergi masjid,masjid penuh pack. semayang kat bawah la.
Depa tarik tikar hampar kat bawah tu. Sekali dengan kasut saya ada bawah tikar besar tu.
So time dok dengar khutbah tu hujan turun rintik2.
Ingat nak lari pi dok bawah bumbung dah, tapi kasut dok bawah tikar besar tu. tertimbus.
So terpaksa lah dok tengah hujan dengar khutbah, nak lari tak bleh kasut dok bawah tikar.
Itulah firstime saya dengar khutbah sambil menikmati hujan.
Lepas semayang tu family dah balik kampung tapi saya tetap tak balik lagi.
P meronda sana sini cari rumah yang ada makanan. ehehe. Hobi di masa lapang.
Lepas kenyang2 terus balik kampung.

Balik kampung jumpa pulak anak kecik paksu.
Comel sungguh macam saya kecik2 dulu.
Ni dia gambar dia.




-RM 1500 missing gara-gara tergopoh gapah-

Satu kerugian yang amat besar, begitu besar.
25 Nov - aku hantar notis untuk resign.
30 Nov - bonus masuk
disebabkan aku menghantar surat resign awal, so tak dapat lah bonus (1.5) =rm1500(darab 4 bulan kerja)
-kerna 5 hari awal hantar surat resign, duit hilang begitu sahaja.
-rezeki ada di mana-mana. hehehe ... :(

Sunday, December 7, 2008

-pEsta penang-



aku masih lagi di penang setelah aku dah berhenti kerja.
esok aku nak pulak ke kampung nak beraya haji.
so di mlm ni aku tak lepaskan peluang nie untuk berpesta di pesta penang.

aku naik challengger.
komen : best. pi la trai. time dia hayun last2 tu lagi best.


-my NEw Laptop-




this is my new laptop brand ASUS.
Intel core 2 duo t5800 2.0 Ghz L2 cache 800 fsb
4Gb RAM DDR2 800MHZ
250GB SATA HDD
NVIDIA GEFORCE 8200MG 256MB
2 YEARS WARANTY
15.4" WXGA display

adobe photoshop tak sangkut
cs tak sangkut
most wanted pun tak sangkut.
ok la tu.


Thursday, December 4, 2008

-freeze-

blog ini akan diabaikan untuk seketika...

Monday, December 1, 2008

-esok hari tahan telinga-

hari ni aku buat kacau kat kilang.
aku tulis email dan hantar merata2.
last2 bos dapat tahu dan mesti akan marah aku pada esok hari.
malam ni nak berlatih tahan maki.
huhu