Date: 4 April 2012
ASE, nama kilang yang tidak asing lagi, kat sinilah jadi technician time habis poli dulu, dan kat sini jugalah praktikal time degree. Dan sekali lagi, kat sini jugalah aku apply jawatan cadet engineer (for fresh graduated). Sebenarnya ramai yang tak suka kilang ini disebabkan oleh pressure dan busy, kilang ni kilang subcon, terpaksa memenuhi kriteria dan karenah customer. So, kalau kerja kat sini memang dapat dilihat lah seperti nak recruit askar, hehe. Sebelum ini, ingat lepas habis belajar senang nak kerja. Rupanya lagi tinggi kita belajar lagi susah nak dapat kerja kerana kekosongan jawatan menjadi lebih kecil berbanding graduan yang keluar dari universiti seperti cendawan tumbuh di pagi hari. Aku dah apply banyak kilang di sekitar Penang, Prai, dan Kulim. Namun satu pun susah nak panggil, termasuklah kawan2 aku yang area sini. So, sekarang ni di ASE, especially department yang aku praktikal dulu.. kritikal, nak pakai engineer sebab ada pekerja nak resign. So, nak cari experience engineer yang related dengan kilang ni memang susah nak jumpa. So, bos lama aku decide untuk ambek fresh graduate sebagai tambahan lagi tenaga kerja. Cadet engineer ni seperti kata HR tadi dia kata ada 50 kekosongan yang akan dibuka untuk kemasukan bulan Jun. Akan tetapi, aku ditemuduga awal sedikit sebab department tu kritikal. Tapi, belum tentu lagi dapat. Doa²kanlah bagi dapat yer. Sekian.
Salam bro.
ReplyDeleteBoleh bgtau sket tak kerja sbg engineer kat sini mcm mana?
Budaya kat sini mcm mana?
Hai..sy baru je jumpa blog ni.. next week sy ada interview dgn ASE.. ada tips x???
ReplyDelete