Date: 6 April 2012
Sebenarnya tempat ni dah lama terbengkalai dan tiada penyelesaian
oleh pihak berwajib. Jadi, bangunan yang separa siap dan tidak
berpenghuni ini dijadikan tempat melepaskan kreativiti para
seniman-seniman grafiti tempatan yang terdiri dari kumpulan yang
dikenali sebagai SAMA. Tempat ini juga menjadi tarikan kepada para
photographer terutama ketika musim kenduri perkahwinan. Di kesempatan
ini, aku dan apit pergi melawat tempat yang usang ni. Kalau nak pergi,
kena berhati-hati, kerana anjing banyak. Tetapi tak kacau orang. Cuma
bau kat situ tak berapa selesa la sebab najis-najis haiwan kot. Sepetang
aku dan apit kat situ, beberapa gambar diambil. Kami naik sampai
tingkat atas sekali. Tapak kilang itu sepatutnya Tesco nak ambil alih
untuk projek hypermarketnya, akan tetapi ia dihalang kuat oleh Chin Hin
kerana takut menganggu ekonomi sekitar. So kat sini ada disertakan
beberapa gambar.
No comments:
Post a Comment