Sunday, April 29, 2012

PKNK ..

Location: Taman PKNK Alor star
Date: 7 April 2012


Lepak kat taman ni mengingatkan aku pada zaman SPM dulu, time aku bersekolah di Sekolah Teknik. Aku rajin bermalam kat rumah syarfan, untuk ulangkaji masa SPM dulu. Kebetulan pulak kat situ jugak kawan aku Trex dok kat taman tu jugak. Jadi malam tu aku dengan apit plan nak pi alor star la nak pi lepak dengan depa, Cipi, Pan, dan Trex, kat Kopi Kampung. Hari tu pi rumah syarfan jumpa mak dia, mak dia terkejut tengok aku makin besar, maklumlah, dah 8 tahun tak jumpa. Kebetulah takziah kepada adik syarfan yang meninggal dunia tahun lepas sebab eksiden, dulu kecik2 dok main dengan depa.Dan tak lupa juga tahniah juga kepada pan yang tak lama lagi nak melansungkan majlis perkahwinan yang pertama.. semoga kekal abadi..







Building under construction..

Location: Bangunan usang depan POLIMAS, Bandar Darul Aman
Date: 6 April 2012

Sebenarnya tempat ni dah lama terbengkalai dan tiada penyelesaian oleh pihak berwajib. Jadi, bangunan yang separa siap dan tidak berpenghuni ini dijadikan tempat melepaskan kreativiti para seniman-seniman grafiti tempatan yang terdiri dari kumpulan yang dikenali sebagai SAMA. Tempat ini juga menjadi tarikan kepada para photographer terutama ketika musim kenduri perkahwinan. Di kesempatan ini, aku dan apit pergi melawat tempat yang usang ni. Kalau nak pergi, kena berhati-hati, kerana anjing banyak. Tetapi tak kacau orang. Cuma bau kat situ tak berapa selesa la sebab najis-najis haiwan kot. Sepetang aku dan apit kat situ, beberapa gambar diambil. Kami naik sampai tingkat atas sekali. Tapak kilang itu sepatutnya Tesco nak ambil alih untuk projek hypermarketnya, akan tetapi ia dihalang kuat oleh Chin Hin kerana takut menganggu ekonomi sekitar. So kat sini ada disertakan beberapa gambar.








Friday, April 13, 2012

Kuala Perlis lagi . . . ... ..

Location : Teratai Laut Cafe
Date : Bulan 3 dan 4 2012


Di sempena tempoh menganggur ni, aku banyak menghabiskan masa pada malam hari di Kuala Perlis. Sebab apa Kuala Perlis? Sebenarnya tiada sebab istimewa pun. Hanya ikut bang bad yang selalu ke sana. Dekat sini, kuala perlis la pantai yang paling dekat yang ada tempat2 lepak pun, kalau kuala kedah tak ada tempat lepak. Orang kata, enjoy siap2 time cuti ni, sebab kalau dah bekerja nanti memang tak ada masa free dah untuk nak lepak. So, tempat lepak yang aku selalu lepak selalu kalau kat sini kat wan corner, pastu tengah malam lajak pi perlis, ikut geng2 labu sayung. Depa suka pi sana makan jagung bakar. Kat sana juga ada tempat karaokey, tapi kalau karaokey, kena tunggu berjam2 la sebelum turn kita.




Wednesday, April 4, 2012

Interview kat ASE jawatan cadet engineer

Location : ASE (M) Electronics Sdn Bhd, Bayan lepas, Penang
Date: 4 April 2012


ASE, nama kilang yang tidak asing lagi, kat sinilah jadi technician time habis poli dulu, dan kat sini jugalah praktikal time degree. Dan sekali lagi, kat sini jugalah aku apply jawatan cadet engineer (for fresh graduated). Sebenarnya ramai yang tak suka kilang ini disebabkan oleh pressure dan busy, kilang ni kilang subcon, terpaksa memenuhi kriteria dan karenah customer. So, kalau kerja kat sini memang dapat dilihat lah seperti nak recruit askar, hehe. Sebelum ini, ingat lepas habis belajar senang nak kerja. Rupanya lagi tinggi kita belajar lagi susah nak dapat kerja kerana kekosongan jawatan menjadi lebih kecil berbanding graduan yang keluar dari universiti seperti cendawan tumbuh di pagi hari. Aku dah apply banyak kilang di sekitar Penang, Prai, dan Kulim. Namun satu pun susah nak panggil, termasuklah kawan2 aku yang area sini. So, sekarang ni di ASE, especially department yang aku praktikal dulu.. kritikal, nak pakai engineer sebab ada pekerja nak resign. So, nak cari experience engineer yang related dengan kilang ni memang susah nak jumpa. So, bos lama aku decide untuk ambek fresh graduate sebagai tambahan lagi tenaga kerja. Cadet engineer ni seperti kata HR tadi dia kata ada 50 kekosongan yang akan dibuka untuk kemasukan bulan Jun. Akan tetapi, aku ditemuduga awal sedikit sebab department tu kritikal. Tapi, belum tentu lagi dapat. Doa²kanlah bagi dapat yer. Sekian.

Monday, April 2, 2012

Kebetulan terjumpa Trex dan Cipi di Masjid Taman Mahsuri

Location : Jitra
Date: 1 April 2012

Tadi kebetulan nak parking di Masjid, ada nampak kereta kona dok cari parking, rupanya trex dengan cipi dan kawan depa nak mai main boling kat Jitra Mall. Time tu maghrib, depa berhenti mai semayang kat situ dulu la. Oleh sebab dah jumpa, aku pun join depa main boling sekali. Selamat pulang diucapkan kepada Trex ke Malaysia, lama tak jumpa kawan-kawan lama sekolah menengah dulu ..

 Mari ke Masjid..



 Ya itu dia, product honeywell



 Kita tengok sapa yang terer hehe




 Kat bowling



 Time ni trex tengah baling bola.. top scorer pulak cipi ...



Strike 





Sunday, April 1, 2012

Berkelah di Perlis

Location : Gua Kelam dan Kuala Perlis, Perlis
Date : 21 March 2012

Sebenarnya hari tu bro bad dengan paklang cuti, mereka taktau nak pi mana, lalu mereka pun ajaklah pergi bercuti di gua kelam, Perlis. Tetapi bila sampai di sana didapati gua kelam masih lagi under construction, tak boleh masuk, jadi kami pun mandi lah di luar gua kelam. Patut la tak ramai orang time kami pergi tu, gua kelam tutup rupanya. Dah lama tak pergi gua kelam, rupanya dah banyak pembaharuan telah dibuat. Salah satu daripadanya adalah keretapi yang mana laluannya menembusi gua kelam, tapi time kami pi tu keretapi rosak. Jadi apa yang boleh buat mandi jelah, sambil menikmati kebusukan tahi kelawar. Lepas mandi terus ke kuala perlis untuk makan malam. Alang-alang berada di perlis, terus lajak ke kuala perlis. Makan sampai sengkak lepas tu balik ke rumah. Sekian.


 View tempat kami mandi. Cantik woo



 Sign board



 Mandi manda air tahi kelawar



 Makan sampai tak habis




 Masjid



Bro Bad menunjukkan aksi seksi



Molex Open Interview

Location : Hotel Emerald Puteri, Sg Petani, Kedah
Date : 24 March 2012

Satu temuduga terbuka telah diadakan oleh kilang Molex, Prai. Aku candidate yang ke 100. Zarif pula 101. Sewaktu pergi nak minta borang, HR tanya kami, nak apply jawatan receptionist ke secretary ? Lepas tu kami pun cakap Engineer .. mungkin mereka pelik kot tengok dress up kami seperti orang pejabat. Hohoho, nak buat macam mana, pakai jelah kemas2 untuk interview, sekali tu jelah nak malu pun, bersusah dahulu bersenang kemudian. Tapi tak senang juga, jawatan Engineer untuk fresh time tu takda kosong. So terpaksa apply untuk tech dulu. Tapi baru2 ni ASE call untuk interview position Engineer...

 Yang ni singgah kat rumah syidi ajak dia pi kulim edar resume



 Aku dengan zarif, aku lebih tinggi hehehe

Trip ke terengganu bersama keluarga

Location: Terengganu
Date: 12-14 Mac 2012

Lawatan keluarga ke Terengganu selama 3 hari dua malam, menginap di homestay As Salam Terengganu. Homestay dia ada 3 bilik, dua air-cond (master bedroom dan ruang tamu), astro, katil king 3, extra bantal. Harga RM190 semalam, kalau nak duduk sini memang sangat sesuai tetapi jauh sikit dari pantai. Rumah sangat selesa, parking kereta dua. Ruang besar depan rumah boleh buat BBQ. Tidur di ruang tamu pun selesa sebab ada sofa L yang empuk. Ada peti ais, dapur, periuk nasi, kuali. Ada dua bilik air yang luas. Kesimpulannya sangat puas hati.

 Pi dua biji kereta
 Ni dekat titiwangsa

 Iklan gigi

 This is my brother

 Pantai batu burok. Tak boleh mandi time ni, air bergelora.

My parents

Dekat pasar payang

 Masjid Kristal

 Ruang tamu homestay

Depan Istana Maziah

Ni family lagi satu, hehe

Aku di tasek kenyir

Kapten boat. hehe

My father

Family kak ina

My family. Azmeer takda dalam gambar, dia dok new zealand time nie

Semua orang happy kecuali kak ina yang takut naik boat

Ni la boat paling canggih di dunia. Hehe

Family

 Time balik, dekat chiku. Curi minyak sebelah. hehehe.