Sunday, September 27, 2009

-pecah taya-

Sudah seminggu berhari raya kini tibalah masanya untuk pulang kembali ke markas. Aku malas nak becerita panjang jadi lebih senang buat photo story la senang. Seperti biasa aku pulang naik kereta epi di penang, so aku kena la turun penang la. Kebetulan mak aku ada appointment kat new york, so aku pun tumpang la gi penang sekali, takyah naik bas dah.
the story begin...


Ni jalan kat highway pantai bersih. dari sini boleh nampak penang. cantik kan. bukan penang tu cantik. cantik kan cermin kereta. bersih dan suci.


sampai sahaja di feri, rasa macam lain sangat2 berbanding dengan dulu. dulu ferry punya la pack dan tunggu berjam2. sekarang nie orang dah makin kurang naik feri dan perkhidmatannya pun dah kurang, dalam beberapa biji feri sahaja yang berfungsi.

Time tengah dok atas ferry ni sebenarnya ada ikan lumba2 dok ikut kat belakang nei. tapi time capture gambar nie ikan lumba2 tu dah tenggelam dalam air, tak sempat nak snap time dia tengah lompat.

Ni dia tempat tujuan. dah sampai dah. Punya la susah nak parking kat sini. so terpaksa parking jauh skit dari sini.

?!

Ni dia tempat tu. punya jauh perjalanan. dari kedah sampai ke new york. huhu. mak buat rawatan muka dia kat sini. kena tunggu berjam2.

Sementara tunggu tu aku bawak adik aku pi tengok wayang cerita where got ghost. cerita cina yang seram tapi lawak nak mampus. komfem tak rugi tengok cerita nie. aku berani jamin mesti gelak sampai cirit punya. memang lawak.




lepas je berseronok dalam gurney plaza tu, nak balik la. sampai sahaja di kereta, taya kereta depan pancit. dalam hati dok ingat memang nak pancit dah kot. tapi ada jugak rasa ia merupakan buatan orang. takpalah, aku pun guna kepakaran aku membuka tayar ini dengan mandi peluh. mula2 ingat taya depan je yang bocor.. sampai ja kat kedai makan, check2 taya belakang pun takde angin jugak, dia keluar skit2. memang dah syak la buatan orang. sampai kedua2 tayar dibocorkan.


Iklan : ni kilang aku kerja dulu.. saja lalu depan nie.


sampai saja di kedai taya kat batu maung (dekat rumah kawan mak), terus check tayar, memang betul lah buatan orang. bila celup je dalam air terus memancut kuat air tu. kalau kena paku angin tak kuar lagi. ni ada satu lubang bekas cucuk. lagi satu yang syak bekas buatan orang ni sebab kedua2 tayar dicucuk. ini bermakna dia bajet kereta takleh jln la sebab ada satu saja tayar spare. tapi nasib yang belakang tu tayar angin keluar skit2. sempat juga la jalan.


memang tak dinafikanlah lagi, pekerja kedai tayar kat batu maung tu pun cakap blah tanjung sana kawasan black area. so kalau parking tempat yang terlindung skit, diorang akan la buat kerja, bocorkan tayar, curi aksesori kereta. tapi yang hairan kenapa tak ditangkap samseng2 ini. polis kan banyak.

ni aku tunggu kat tepi jalan. apa punya kedai, lobi pun takdak.


so dua bijik tayar ditukar. habis 3ratus. huhu.
lepas tu pada malamnya mak aku hantar aku ke rumah syidi, nak balik johor dah.

p/s : jangan parking di tempat yang orang tak nampak di kawasan tanjung. moga Allah bukakan hati orang-orang samseng itu agar insaf dan tidak melakukan penganayaan lagi kepada orang lain.

No comments:

Post a Comment