Ini merupakan sambungan daripada karangan berformat tidak rasmi di bawah ini.
Setelah sahaja saya bangun dan mandi, terus mengajak dua tiga rakan yang masih belum pulang untuk berbuka di kedai makan DJ2(kedai yang agak top dengan harganya yg murah dan makanannya yg sedap). Didapati secara kebetulan mereka pun belum lagi berbuka puasa (yakni makan, tp dah minum rasanya). Lepas saja makan terus bergegas siap untuk pulang ke kampung halaman dengan menaiki kereta kancil turbo epi.
Pada pukul 7.20 pagi saya tiba di stesen bas butterworth bagan penang, terus mencari tiket untuk balik ke alor setar. Naik bas UTC. Daripada pemerhatian yang agak kulup, didapati populasi penumpang di dalam bas itu agak padat sehinggakan aku duduk di sit di belakang sekali. pelbagai masyarakat majmuk yg wujud pada masa itu, hubungan integrasi telah terpupuk setelah aku duduk di sebelah old chinese man di mana he has very bad breath. aku terpaksa mengharungi bau-bau nafasnya yang sangat menggugat iman ini, dari penang sampailah ke alor star. dalam perjalanan tersebut, aku sekali lagi membuat observation kali kedua setelah terjaga dari tidur, di mana bas berhenti dan jalan raya sangat sesak nafas. Rupa-rupanya hadirnya cuma bersandiwara. maaf tersilap. rupa-rupanya ada satu kemalangan yang sangat menghayat hati ini. Di mana kisahnya menurut bernama wires yang telah disampaikan oleh encik Fayadh, di mana penglibatan kemalangan itu adalah dipengaruhi oleh tiga kenderaan yakni lori, kereta, dan juga van. kemalangan tersebut berlaku apabila seorang pemandu kereta terkena serangan sakit jantung yang amat sangat amat dasyat dan meninggal dunia ketika sedang mandu. Pemandu lori ini telah mencuba untuk mengelak dengan penuh skil dan pakarnya namun elakkan lori itu terbabas. Jalan raya yang sesak nafas itu semakin sesak berpanjangan sehinggalah dalam kira-kira 2 kilometer(kiraan kasar). Kesesakan itu berlaku disebabkan lori itu telah melintang pukang di atas jalan dan membeloq jalan ituw. jadi mereka2 yang beraturan sesak itu terpaksa pusing balik dan keluar ke highway gurun dengan menggunakan cara salah yang berjalanan secara wrong way. Begitulah berita yang sangat trajis. Untuk sebarang informasi sila ikuti kisah di bawah menurut utusan. Sekian.
GURUN 18 Sept. - Empat dipercayai sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak rentung selepas kereta Perodua Myvi yang mereka naiki terbabas dan terbakar dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 94.7, Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) dekat sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 6.30 pagi ini, dua lagi mangsa yang menaiki kenderaan berasingan cedera parah.-Utusan
lori yang melintang di tengah jalan
semua orang melihat kemalangan.
pakcik2 turun kereta sempat borak lagi time jalan jem
p/s: ni aku taip atas bas nak balik jitra, boring naik bas takdak kawan.
.
No comments:
Post a Comment