Sunday, September 27, 2009

-googlle-


google dah jadi googlle ke. macam-macam lah. haha.

-pecah taya-

Sudah seminggu berhari raya kini tibalah masanya untuk pulang kembali ke markas. Aku malas nak becerita panjang jadi lebih senang buat photo story la senang. Seperti biasa aku pulang naik kereta epi di penang, so aku kena la turun penang la. Kebetulan mak aku ada appointment kat new york, so aku pun tumpang la gi penang sekali, takyah naik bas dah.
the story begin...


Ni jalan kat highway pantai bersih. dari sini boleh nampak penang. cantik kan. bukan penang tu cantik. cantik kan cermin kereta. bersih dan suci.


sampai sahaja di feri, rasa macam lain sangat2 berbanding dengan dulu. dulu ferry punya la pack dan tunggu berjam2. sekarang nie orang dah makin kurang naik feri dan perkhidmatannya pun dah kurang, dalam beberapa biji feri sahaja yang berfungsi.

Time tengah dok atas ferry ni sebenarnya ada ikan lumba2 dok ikut kat belakang nei. tapi time capture gambar nie ikan lumba2 tu dah tenggelam dalam air, tak sempat nak snap time dia tengah lompat.

Ni dia tempat tujuan. dah sampai dah. Punya la susah nak parking kat sini. so terpaksa parking jauh skit dari sini.

?!

Ni dia tempat tu. punya jauh perjalanan. dari kedah sampai ke new york. huhu. mak buat rawatan muka dia kat sini. kena tunggu berjam2.

Sementara tunggu tu aku bawak adik aku pi tengok wayang cerita where got ghost. cerita cina yang seram tapi lawak nak mampus. komfem tak rugi tengok cerita nie. aku berani jamin mesti gelak sampai cirit punya. memang lawak.




lepas je berseronok dalam gurney plaza tu, nak balik la. sampai sahaja di kereta, taya kereta depan pancit. dalam hati dok ingat memang nak pancit dah kot. tapi ada jugak rasa ia merupakan buatan orang. takpalah, aku pun guna kepakaran aku membuka tayar ini dengan mandi peluh. mula2 ingat taya depan je yang bocor.. sampai ja kat kedai makan, check2 taya belakang pun takde angin jugak, dia keluar skit2. memang dah syak la buatan orang. sampai kedua2 tayar dibocorkan.


Iklan : ni kilang aku kerja dulu.. saja lalu depan nie.


sampai saja di kedai taya kat batu maung (dekat rumah kawan mak), terus check tayar, memang betul lah buatan orang. bila celup je dalam air terus memancut kuat air tu. kalau kena paku angin tak kuar lagi. ni ada satu lubang bekas cucuk. lagi satu yang syak bekas buatan orang ni sebab kedua2 tayar dicucuk. ini bermakna dia bajet kereta takleh jln la sebab ada satu saja tayar spare. tapi nasib yang belakang tu tayar angin keluar skit2. sempat juga la jalan.


memang tak dinafikanlah lagi, pekerja kedai tayar kat batu maung tu pun cakap blah tanjung sana kawasan black area. so kalau parking tempat yang terlindung skit, diorang akan la buat kerja, bocorkan tayar, curi aksesori kereta. tapi yang hairan kenapa tak ditangkap samseng2 ini. polis kan banyak.

ni aku tunggu kat tepi jalan. apa punya kedai, lobi pun takdak.


so dua bijik tayar ditukar. habis 3ratus. huhu.
lepas tu pada malamnya mak aku hantar aku ke rumah syidi, nak balik johor dah.

p/s : jangan parking di tempat yang orang tak nampak di kawasan tanjung. moga Allah bukakan hati orang-orang samseng itu agar insaf dan tidak melakukan penganayaan lagi kepada orang lain.

Thursday, September 24, 2009

-post guna hp-

Ni aku trai post guna hp. Huhu. Ntah jadi camna ntah. Td trai upload image,popup ok,tp last skali xtau nk tutup topap.huhu..

.

Tuesday, September 22, 2009

-raya tangkap gambaq-

Gambar-gambar below is about kenangan semasa hari raya.
All picture are resized.So kualiti kurang la.
Untuk melihat gambar sebiji2 boleh la ke picasaweb saya. (klik sini)






Antara gambar yang terlibat adalah family saya dengan family pakngah saja.
Bang on, paklang, paksu, time tu takdak kat kampung lagi.
So gambar2 ni jelah yang sempat dicapture..
Kepada pendi, sorry demam campak hang aku tak edit buang. haha

.

-hang tuah utara-

VIDEO HANG TUAH UTARA




Haha. Mari tengok. Memang lawak.
Hang tuah fail spm.

.

-raya ke tiga-

Sudah hari ketiga umat Islam menyambut aidilfitri di Malaysia ini. Semakin lama hari raya sudah semakin tidak ceria seperti zaman kanak-kanak dahulu. Hari raya ini juga hanyalah pada pakaian dan kuihnya sahaja. Perasaan hari raya itu tidak lagi hadir, dan menganggap semuanya biasa saja. Hari raya kali ini aku banyak menghabiskan masa duduk di rumah dan lepak di rumah jiran-jiran sini sahaja. Yang rasa paling syiok pun pada malam semalam, dapat berjumpa rakan-rakan xpolimas, semuanya bekerjaya dan ada yang menyambung pelajaran. Rakan-rakan di taman pula bergembira bersama-sama di tempat jamming, semalam adalah malam yang agak terbaik! Selepas gitar di tune menggunakan tuner. Sekian.

p/s: celakalah kepada sesiapa yang jeming sebelum kami. tidak guna punya orang. selepas jeming dipusing2 tune gitar sampai semuanya lari. cis bedebah!

Sunday, September 20, 2009

-selamat pagi raya-

Selamat Pagi Raya semua. Sudah tentu ada yang sudah mandi atau belum mandi sunat hari raya. Bagusnye radio blog aku ni pagi-pagi raya lagi dah bertakbir. Tq to DJ Orion FM. Sebenarnya apa yg hendak dipostkan bukanlah soal radio ataupun soal mandi sunat hari raya. Akan tetapi aku terlupa nak bawak balik pemegang tripod kamera. Masuk kali ni dah dua kali aku raya tanpa pemegang ituw. Tripod dan kamera sudah ada, tetapi tak ada tapaknya pula, tertinggal di Johor sana. Sedihnya, raya ni mesti jadi macam raya tahun lepas, aku menjadi jurukamera tetap. Gambar aku mesti kurang punya. Hihi. Tahun lepas kerusi digunakan untuk mengambil gambar family, tapi tahun ni pula tak tahu la apa benda pulak yang nak digantikan sebagai tripod, meja pula kot. hehe. Selamat hari raya ..

-dota tournement-


kat atas ni page website uthm. website ni dapat no 2 paling baik antara website2 universiti. mari kita zoom apa ada isi kat dalam.



Nah. di ruangan student info ada Dota Tournament. Permainan Dota ni sangatlah diminati ramai oleh anak-anak muda sehinggakan page rasmi protal government pun ada. hihi.

Dota Tournament 2009
Veneu : Pusat Teknologi Maklumat
Date : 10-11 October 2009
Time : 8.30 am - 6.30 pm

For Registration, please visit us at "Pusat Niaga Siswa" on Monday and Thursday from 2.30PM until 5.00PM. For more information please contact, Pie : 013- 7599356, Sofi : 013- 2292630 or Amir : 013- 7598775

Harap Maklum.

Saturday, September 19, 2009

-bunyian di malam raya-

hy all. peace. tak disangkakan sebulan dah berpuasa. sungguh cepat masa berlalu. malam ini malam raya. kali ini malam raya tak berapa aman disebabkan bunyi-bunyi tak menyenangkan oleh pakar2 bom taman ini. kalau nak dikirakan memang tak terkira bunyi2 mercun dari pelbagai sudut. dah sampai nak bernanah koklea telinga aku ini. hp mlm ni aku silent! huhu.. mesej masuk dengan tidak henti2. seperti spam hari raya pun ada. hihi. anyway tq kepada uolls yg antar sms hari raya ya. sorri la tak boleh balas. tak sempat balas mesej lain pula masuk. hihi.

p/s: time aku tulis blog ni pun dah dengar 4 mesej masuk.

-اختبار اللغة العربية-

اتش واى جميع. أنا اليوم أود التحدث باللغة العربية. ايم آسف جدا إذا كنت لا أفهم الفعل. إذا كنت تستطيع قراءة هذا الرجاء إدخال التعليق أدناه ما أنت تفهم من وجهة نظري كتب.

.

Friday, September 18, 2009

-ad hoc yg xjadi-


Sedikit brefing untuk pengenalan ad hoc yer. Ad Hoc merupakan satu sistem Wireless Lan di mana kita dapat connect antara laptop2 atau komputer kita dengan menggunakan wireless device. ICS atau kata nama lain internet connection sharing pun boleh juga dilakukan dengan menggunakan fungsi adhoc ini. Akan tetapi ad hoc yang aku cuba buat untuk internet sharing tidak berjaya setelah bertungkus lumus dan mulus dari sebelum sembahyang jumaat sehinggalah berbuka puasa, tapi tak dapat2 juga. Pelbagai teknik dan koedah telah digunapakai tetapi masih tidak berjaya. Sehinggakan menggunakan kepakaran dearblues (pakai teamviewer) pun tak dapat menyelesaikan masalah. Pelbagai IP telah disetting namun tidak boleh jua. Modem yang dipakai mengeluarkan output kabel lan terus ke laptop A, dan dari laptop A tu nak pancarkan wireless untuk kegunaan seperti wifi. Kepada sesiapa para hadirin hodirat yang tahu soal ini sila kemukakan cadangan anda.

hari2 makan sireh
sekian terima kasih

-berita eksiden ngeri-


Ini merupakan sambungan daripada karangan berformat tidak rasmi di bawah ini.

Setelah sahaja saya bangun dan mandi, terus mengajak dua tiga rakan yang masih belum pulang untuk berbuka di kedai makan DJ2(kedai yang agak top dengan harganya yg murah dan makanannya yg sedap). Didapati secara kebetulan mereka pun belum lagi berbuka puasa (yakni makan, tp dah minum rasanya). Lepas saja makan terus bergegas siap untuk pulang ke kampung halaman dengan menaiki kereta kancil turbo epi.

Pada pukul 7.20 pagi saya tiba di stesen bas butterworth bagan penang, terus mencari tiket untuk balik ke alor setar. Naik bas UTC. Daripada pemerhatian yang agak kulup, didapati populasi penumpang di dalam bas itu agak padat sehinggakan aku duduk di sit di belakang sekali. pelbagai masyarakat majmuk yg wujud pada masa itu, hubungan integrasi telah terpupuk setelah aku duduk di sebelah old chinese man di mana he has very bad breath. aku terpaksa mengharungi bau-bau nafasnya yang sangat menggugat iman ini, dari penang sampailah ke alor star. dalam perjalanan tersebut, aku sekali lagi membuat observation kali kedua setelah terjaga dari tidur, di mana bas berhenti dan jalan raya sangat sesak nafas. Rupa-rupanya hadirnya cuma bersandiwara. maaf tersilap. rupa-rupanya ada satu kemalangan yang sangat menghayat hati ini. Di mana kisahnya menurut bernama wires yang telah disampaikan oleh encik Fayadh, di mana penglibatan kemalangan itu adalah dipengaruhi oleh tiga kenderaan yakni lori, kereta, dan juga van. kemalangan tersebut berlaku apabila seorang pemandu kereta terkena serangan sakit jantung yang amat sangat amat dasyat dan meninggal dunia ketika sedang mandu. Pemandu lori ini telah mencuba untuk mengelak dengan penuh skil dan pakarnya namun elakkan lori itu terbabas. Jalan raya yang sesak nafas itu semakin sesak berpanjangan sehinggalah dalam kira-kira 2 kilometer(kiraan kasar). Kesesakan itu berlaku disebabkan lori itu telah melintang pukang di atas jalan dan membeloq jalan ituw. jadi mereka2 yang beraturan sesak itu terpaksa pusing balik dan keluar ke highway gurun dengan menggunakan cara salah yang berjalanan secara wrong way. Begitulah berita yang sangat trajis. Untuk sebarang informasi sila ikuti kisah di bawah menurut utusan. Sekian.

GURUN 18 Sept. - Empat dipercayai sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak rentung selepas kereta Perodua Myvi yang mereka naiki terbabas dan terbakar dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 94.7, Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 6.30 pagi ini, dua lagi mangsa yang menaiki kenderaan berasingan cedera parah.-Utusan

lori yang melintang di tengah jalan

semua orang melihat kemalangan.

aip aip.. mat2 ekor.. jangan tikam pulak..


bomba datang berpusu2 menyembur asap penghapus kebakaran kimia

pakcik2 turun kereta sempat borak lagi time jalan jem


p/s: ni aku taip atas bas nak balik jitra, boring naik bas takdak kawan.

.

-buka puasa lambat-

Pertama sekali saya berbuka puasa dengan lewatnya. sebelum ini setelah radio azan saja terus menelan air dengan rakusnya. tetapi berbeza pula pada hari semalam. saya berbuka pada pukul 9 malam. masyallah begitu lewat. sebenarnya saya tertidur di siang hari sehingga berlarutan sehingga masuk azan isyak. hal ini berlaku ketika saya berada dalam keadaan tidak sedar. roomate semua sudah pulang ke kampung, jadi tiada siapalah yang nak gerak kecuali alarm hp yang selalu dihiraukan bunyinya ituw. memang pada waktu tidur itu sangat letih dan tidak bermaya akibat daripada menyiapkan dua report setelah selesai test dinamik. jadi saya ter"qada" kan tidur saya.

p/s: jangan tengok movie yang membosankan ketika baring, ia membawa impak yang sangat kritikal ketika anda tertidur.

.

Wednesday, September 16, 2009

-Kad Raya dari Tweety-


Terima kasih kepada ms tweety kerana telah memberi kad raya tanpa stem ini
Selamat hari raya..

p/s: sebelum ni dah letak kad raya ni, semalam tukar layout,
banyak widget dan hiasan2 hilang.
Sekali dengan kad ini hilang..
So i lekat balik.. Hehe.. Peace

-Kad raya untuk Semua-


Assalamualaikum semua, Ini kad raya khas untuk semua para Bloggers seantera dunia..
Ambek ni pi tempek kat blog masing2.
Kalau mana2 blogger terbaca antri ini , sila ambek kad raya ini juga..
Yang buruk jangan dihina ok.. haha..
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin

Tuesday, September 15, 2009

-Salam AidilFitri 2009-


Saya dengan berbesar hati di sini ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam. Elakkan pembaziran di musim perayaan ini. Kepada pakcik makcik di luar sana yang mengalami sakit2 urat dan sakit2 sendi, kurangkan pengambilan daging yer. Manis pun kena kurang. Amalkan hidup yang sihat. Kepada yg pergi semayang raya di masjid, lepas semayang dengarlah khutbah ituw, jgn chow terus ok!.
Sekian.
Segala kesalahan saya harap anda maafkan,
Segala makanan minum dan hutang(jika terlupa) harap dihalalkan,
Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari saya.




Sunday, September 13, 2009

-majlis berbuka puasa 09-


Satu majlis berbuka puasa diadakan di hadapan dewan DTII pada dalam dua hari lepas. Jamuan ini telah dianjurkan oleh pihak Universiti untuk kesemua para warga kolej-kolej kediaman Universiti. Para hadirin dan hadirat diwajibkan memakai baju melayu bagi lelaki dan takkala baju kurung untuk perempuan. Majlis ini telah membajetkan 1000lebih orang akan hadir, akan tetapi hanya lebih kurang 200 pelajar sahaja yang hadir termasuk aku. Oleh itu banyak makanan dan minuman air kotak yang lebih dan ia membolehkan kami untuk menyantap sehingga sengkak. beberapa papan air kotak soya dan epal sempat juga dirompak pada hari berkenaan.

Para pelajar mendengar taklimat dari NC


Beberapa pelajar kelas yang turut memeriahkan majlis berkenaan


Muka pelajar-pelajar PPRT yang tiada wang berbuka puasa hahahaha


Geng pantai timur kecuali foreigner belakang tu (nak posing jugak dia)





-brand new blender-


hy all,
sempena bulan ramadhan al mubarak ini,
i would like to show new brand of blender baru saja angkat minggu lepas dari pasaraya wellward,
dengan harganya yang berpatutan (Rm 66) jika nak dibandingkan dengan jaminannya 2 tahun.
mata pisaunya yang sangat tajam memberikan impak yang berkesan dalam menghancurkan buah-buahan kegemaran u all semua.
sejak beli hanya belimbing saja yg diblender, buah-buah lain masih belum dicuba.
sedikit kontra disini adalah ia tidak sama dengan blender buah-buahan di mana kasar2nya diasingkan, tetapi ia sangat bagus jika kita meminum seratnya.
Untuk minggu ini, aku terpaksa ikat perut kerana ingin memiliki si blender ini.
so, apa lagi, belilah blender KHIND, jenama dipercayai.
sekian.

Friday, September 11, 2009

-apologise 2-


salam sejahtera,

di hari yg mulia ini ingin ku memohon maaf kepada semua orang. aku mengaku aku jahat dan kuat bergaduh dan juga menjadi batu api serta seumpanya. aku akan cuba menjadi lebih lemah lembut.
diharap aidilfitri pada tahun ini kita saling maaf memaafkan antara satu sama lain. have a wonderful day my friends.


alif.


Tuesday, September 8, 2009

-minggu sibuk-

maaf minggu ini memang sibuk. takda idea.

Tuesday, September 1, 2009

-kamera + mini projektor-


Nikon telah mengeluarkan satu kamera digital kompak yang boleh juga boleh digunakan sebagai mini projektor. Aku rasa sangat bagus. Boleh bawa kamera dan tembak sahaja ke dinding untuk slideshow



Kredit: Nikon USA

Harga kamera ni ialah sekitar USD430. Kalau dah convert jadi dalam lingkungan RM1500-RM2000. Apa yang penting, menurut spec (dari Nikon Malaysia):

Jarak projektor: lebih kurang 2 meter
Bateri: lebih kurang 1jam untuk projektor

p/s: sungguh portable & murah berbanding LCD projektor yang harga paling kurang dalam lingkungan RM3000 ke atas.

-2-

multiple exposure (tapi tak pakai mask)


- It's A Little Wonder-

I wonder what is it about me that seems very disturbing to other people, that they keep bugging me...saying bad, unspeakable things that I keep thinking don't they got anything better to do other than just smearing their own soul by feeling hatred..?

Haih.

Apa lagilah yg x kena...?

I hardly kacau hidup orang. Kerja pun sendiri...I make my own money.. Apala nak dendam sangat?

Pelik betul.

psss zura.. im imagine that because its same with me.

-sT-

what is ST. just two words mean special thank.

today i nak ucap special thanks to antigum = totallyoverdose = antikarat, yang mana telah mengajar tutorial baru dalam teknik exclusion.
i got what i need before. selama ni intip2 je.hehe.

regards dan ikhlas,
alif