Monday, December 14, 2009

-StilNox-


Musim cuti ni takda perkara yang nak dibuat, jadi tengok movie saja kerja harian.
Nurkasih. Satu drama yang tidak asing lagi, ramai yang meminatinya, tambah-tambah golongan hawa. Jadi, aku pun tidak terlepas la dari menonton cerita ni, tapi bukan direct tv lah, cuma tengok dalam laptop, sebelum cuti hari tu ada copy dari member cerita nurkasih nie. So, dah tak ada apa nak buat layan jelah.

So apakah persamaan stilnox ni dengan cerita ini. Sebenarnya aku baru saja tengok episod 21 cerita nurkasih nie. Ingat lagi catrina? so dia dah berubah jadi baik. Ada satu scene yang diimbaskan kembali ketika zaman catrina jahil dulu, ketika dia makan ubat ubatan penenang tu. Sekali zoom, ubat tu namanya stilnox(ubat tidur).

So aku pun teringat la masa aku kat universiti semasa doktor pernah bagi ubat tidur kat aku sebab aku takleh nak tidur malam. Mula2 doktor bagi ubat piriton (selesema), tapi takdak kesan kat aku, so doktor bagi la Stilnox nie, sekali kena 5 minit lepas tu pengsan terus. Doktor bagi 3 biji, sekarang yang tinggal sebiji ja. Doktor bagi sebab nak ubah waktu tidur jadi normal balik seperti orang biasa.

Ubat ni dalam kategori kawalan la sebab kandungan dadahnya agak tinggi. Tapi sekarang alhamdulillah, tak suruh tidur pun boleh tidur dah, maklumlah makan nasi banyak sangat sampai mengantuk. Dulu-dulu susah la nak tidur malam banyak sangat assignment yang perlu disetelkan.

p/s: ubat stilnox ini bahaya jika diambil melebihi dos.

1 comment: