nak tidur tak boleh. cuba jugak, tapi tak boleh.
adakah aku pengidap penyakit insomia? Oh tidak.
Semalam selepas saja ujian dinamik dengan stressnya aku balik bilik lalu mengepau berger xmeal awang walaupun awang memberinya nampak seperti tidak ikhlas. Lepas saja makan aku cuba untuk tidur, walaupun tidak mengantuk, kerana ingin menghilangkan stress jawab ujian tadi.
Sambil melayan lagu christina aguilera dan celen dion (walaupun tak minat), aku cuba pejam mata nak tidur. 1 jam kemudian aku pun tertidur (selepas berangan for a while). Aku termimpi yang sangat buruk. Aku bermimpi melihat anak bulan tanpa menggunakan teleskop. Lokasi time tu kat sekolah mana ntah. Lepas tu aku pergi lepak di belakang tandas bersama rakan2. Yang aku ingat afdhal, zameer, syidi, wadi, (awang tak nampak la pulak dalam mimpi tu). tiba2 ada satu paip di belakang tandas itu. paip itu bocor dan keluar air seperti pepsi blue. lalu syidi menahannya dan minum air itu (air kumbahan itu). tiba2 aku terjaga dan ketawa terbahak2. (ini cerita betul).
selepas itu aku pun bangun dan melihat jam. hak eleh. mcm bangang (bak kata zameer), kerana jam tu baru menunjukkan pukul 1 pagi. maknanya aku tidur tak sampai sejam. oh tidak. jadi aku menghabiskan masa sampai ke pagi.. (sekarang kul 7 pagi), buat report boyles law, baru siap. (tiru nazri bulat2, tapi edit ayat skit2).
Jadi begitulah ceritanya.
nak tips x?
ReplyDeleteboleh jugak
ReplyDelete