Wednesday, May 27, 2009

-Penangguhan Bayaran Balik Ptptn-

Soalan 3: 
Saya ingin menangguhkan pembayaran balik pinjaman kerana sedang menyambung pengajian. Bagaimanakah caranya? 

Jawapan : 
Sila kemukakan surat rasmi permohonan penangguhan atau isikan borang penangguhan yang boleh diperolehi di laman web PTPTN bersama dokumen sokongan berikut  dan hantarkan kepada PTPTN untuk pertimbangan:

1. Salinan surat tawaran pengajian yang telah disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan/Profesional;
2. Salinan surat tawaran penaja baru yang telah disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan/Profesional (jika mendapat tajaan dari penaja lain selain PTPTN);
3. Surat pengesahan tarikh tamat pengajian dari IPT (jika tiada dalam surat tawaran); dan
4. Salinan transkrip dan sijil bagi peringkat pengajian yang telah tamat (jika berkaitan) yang telah disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan/Profesional.

Sila ambil maklum bahawa hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses. 
Dimaklumkan juga bahawa kos pentadbiran sebanyak 3% setahun tetap dikenakan sepanjang tempoh penangguhan.
 

5 comments:

  1. salam kpd tuan empunya blog ni...sori r tetiba msuk kt sini...sy amani...nk tye psl bnda kt ats 2...tp sy punyer kes bkn sambung pengajian tp x bekerja...da search web ptptn n die suh wat surat gak...n now, sy nk taw contoh surat penangguhan 2 cmne rupenye???bleh tlg x??jwb blk soklan ni kt email sy e...amani03_hama@yahoo.com..
    kerjasama anda didahukui dgn ucapan trima kasih...lg cpt awk respons lg bagus...=)))

    ReplyDelete
  2. yerp..saye pon seperti d atas..ta berape paham psl pembayaran balik wang pinjaman neh..ader yg ckp tmpoh 2 taun br bleh byr n ade yg len..pening sy..so, leh tlg jelskan ta? guest2005_89@yahoo.com

    ReplyDelete
  3. hehehe.. saya bukan pekerja ptptn.. =D telefon pejabat ptptn untuk maklumat lanjut

    ReplyDelete
  4. hehehe, yg ni sgt mbantu! tq!

    ReplyDelete