Letihnya bersukan...
Malam nie alif nak bercerita tentang Kolej Height Utara ni..
Apakah kisah yang terjadi pada malam ini..
Cerita begin...
Sebelum itu alif nak perkenalkan watak-watak yang terlibat..
::alif, apit, Mak, Makcik Not, anak-anak macik not,Bangla jaga jalan::
Selepas menunaikan solat maghrib, mak bersemangat menjerit nama aku suruh aku siap untuk pergi ke tempat nie.(tempat ni tiap2 malam mak aku pi)..
Mula² pi rumah apit ambek dia, lepas tu pi kat tempat nie.
Motif utama pi sana adalah nak pi main badminton ja, takdak apa pun.
Aku bergu dengan mak aku, apit bergu dengan makcik not..
Kami main dua set, dua2 aku kalah. ahahaha.. (bagi chan saja tu.. :P)
Memang tidak terhingga kehebatan makcik not main badminton..
Kiri.. Kanan.. Kiri.. Kanan.. aku pun letih nak ambek bola dia..
Walaupun makcik not sedikit gemuk, tapi masih aktif..
Mak aku pun terer jugak.. malas nak puji.. satgi kembang lak..
Dah la petang tadi dok shuffle kat dapur. adeh .. adik aku yang ajar..
macam orang kawad kaki la pulak tengok mak aku shuffle. miahaha.. (saja suka2)..
Lepas abis ja men badminton, terus aku dan apit terjun kolam renang..
Mak aku dengan makcik not pi gym..
Aku bangga walaupun mak aku dah tua.. 50 dah,.. tapi masih kuat dan aktif..
Tapi satu ja.. bila dia penat kalau kacau abes la.. hehe paham2 la..
Itulah kisahnya..
Dan hidup time cuti ni dah tak boring dah..
Boleh bersukan di malam hari..
Walaupun dengan family..
sebenarnya mak aku dengan mak cik not ja ahli kelab,
Kami masuk curi2 la. hehehe..
No comments:
Post a Comment