Saturday, January 31, 2009

-dari jitra ke batu pahat-

Lokasi : stesen bas batu pahat
Jam : 6.23 pagi 31 January 2009


Sejuknya,
Ekon bas tu memang sejuk bangang punya,
sampai aku kena pakai tirai bas untuk jadikannya selimut,
laptop ni yang dalam beg james bond ni pun basah,
betapa sejuknya ekon bas mayang sari,

Roll back cerita,
Tandas awam,
aku dgn gigil dan ekstremnya menahan air yang bertakung sudah sekian lama,
akibat daripada ekon bangang bas tu,
setibanya aku di sini,
mencari-cari tandas yang tutup,
syit, time2 macam ni tandas tutup,
dengan penuh keegoan aku menahan diri,
sabar dan tawakkal,
pukul 6 pagi, baru tandas buka
RM 0.30,
"pakcik saya takde duit kecil nie, saya ada duit seringgit nie"
"pakcik takde duit pecah nak"
"saya ada syiling .. tapi tak cukup.. ada 25 sen je(5 sen tu datang dari kfc)
pakcik itu pun menerima dengan jumlah 25 sen itu.
maklumla awal pagi and aku customer firstnya so takde duit pecah lagi la..
menunggu zarip selama 4 jam baru dia sampai ke stesen bas bp.

Teksi,
Menanya kepada pakcik india tu, "ok Rm20 Ringgit",
Dengan tersengih2nya kami naik teksi pakcik itu,
dan pertama kali dalam sejarah hidupku,
naik teksi penumpang belakang disuruhnya memakai tali pinggang keledar,
aku memang respect pakcik tu,
begitu menarik,
hehehe,

Motor,
Ni kes yang special nie,
Dah le aku berjanji dengan member aku (akmal hafiz) nak hantar dia balik rumah sewa,
sampai saja di kolej,
Nah.. motoku seperti seekor lembut,
ditambat dengan rantai sauh kapal dengan mangga yang berlabel no 4,
grrrrrr,
oleh kerna parking tempat vvip,
so ditambah alat keselamatan tambahan lagi,
sedihh,
dah la hari isnin baru bleh nak pi tebus rantai makanan tu,
ah.......
mak bagi rm100 je mai sini,
tak pasai2 nak kena bayar rm50 untuk parking moto vvip itu,
hakkkkkkkkkkkkkkkk...... bengong pegawai nie tak kesian kat aku yang ssah ini,
hehe.

Atas Bas,
Belakang aku ada dua awek,
tertawa2 tengok aku bawak bantai naik bas,
aku memang tak hairan dah,
takde bantal takleh tidur nanti,
ekkeeke,
aku bawak bantai adik aku yang ada gambar patung tu,
hihihi..
Bas berhenti sekali kat simpang pulai,
Ramai umat manusia berduyun2 dengan semangat jati dirinya,
berlari menuju ke tandas dengan satu tujuan,
huhuhuhu...
tapi setelah selesai misi ke tandas semua orang kalut2 naik bas,
aku dengan rileks dan santainya makan nasi lemak dengan tea o ais dulu,
tapi kalut2 jugak la takut bas jalan,
dengan pantas aku makan dan minum,
selesai je bersantap,
dengan selambernya driver bas nei order bihun sup dah teh tarik,
ciss,
penat je aku kalut2..
yang penumpang2 lain pakat tunggu dalam bas,
takut kena tinggal,
hahaha..........





-tak larat bercerita lagi-

Friday, January 30, 2009

-Bapa dan kereta-

Hari ini,
Bapa aku buat lawak,
Hihihihi,
Aku dok intai senyap2,
Dia nak alih kereta wira,
Dari parking yang sukar dalam rumah,
Ke luar,
Dah 15 Minit dah masa berlalu,
Hihihi,
Lawak..

Undur,
Kedepan,
Undur,
Kedepan,
hihihihi..


-DEM-

1. Im going to Polytechnic to take sysnopsis subject of DEM. So i was seeing Ketua Jabatan Encik NAsir and he said tat Encik Khalid Juraimi incharge in this "situation" but not him. Now, Encik Khalid not at office because bz in Balik Pulau. OK.. im try next day..

2. I called Encik Nasir and got Encik Khalid's hp no.. orait.. then.. i called En Khalid and told him everything.. "needed that synopsis to fight in faculty in UTHM for transfer credis cases".. He replied to me "ok u wait tommorow i'll give to u"(in bahasa la..)...

3. Now is "tommorow". I call back and he said that his computer kena virus and something like that.. and he dont have a backup.. thats all.. memang malang.. (DEM).. Diploma KEj. Mekatronik

-malam yang agak bosan-



Ting ting.. tudie.. time cuti2 nie lah nak mendownload sampao lebam.. haha.. lagu2 jiwang pulak tu...

.............. jangan tuduh sebarangan.. tu aku download utk kawan aku.. dia dok edit video kahwin.. perlu lagu2 jiwang.........

.. lagu2 nie jugak stok dalam bas aku nak balik johor nanti....... hehee..

-ARES-

Thursday, January 29, 2009

-TAGGED-


after 6 month i log out from tagged.. now i active back..
sapa2 leh la komen kat tagged.. best .. laju

Wednesday, January 28, 2009

-hatiku gembira secara tiba-

1. Tiba-tiba hatiku berubah menjadi begitu gembira apabila si dia setelah sekian lama baru call aku semalam. Rasa macam sesuatu keajaiban berlaku. Tak ku sangka peristiwa ini berlaku.

2. Si dia sekarang masih lagi praktikal di hospital di samping menjadi cikgu tusyen sambilan di waktu malam. Wah2.. sudah menjadi cikgu rupanya.. hebat2.. Tahniah..

3. Di harap aku akan bertemu si dia suatu hari nanti. InsyaAllah..

-PEtang Raya Cina Kedua-

CHANGE FONT TO ARIAL .. ELOK X?


My kezen Baharom and his wife come to my home and im very happy kos meet my anak buah very cute.. dah besar dah pun 7 bulan dah.. last time dulu kecik2 kurus je but now comel gile.
After that we chill out together at tasek bandar darul aman.
The interest thing that i like when i want to take zizry(anak buah) nyer picture.. very susah betul la dia nie nak pandang kamera.. so the password is.. "bobobobo" sebut many times so dia akan pandang ke arah bunyi tu. until semua orang kat tasek to tengok kitorang kos aku dok sebut bobobobobo.. hahaha..


Apa tengok2.. tengok kamera lah.. kikiki...


Pyetss......


nak susu... hahaha


Dreaming before sleep..


seronok sebab orang dok sebut boboboboboobo.. secara laju2..


sambil2 dok jalan2 jumpa geng photographerss pulak.. kantoi..


cak... sapa tak kenai player GUAQ .. janggut bawak awek mai tasek kantoi dengan aku haha

Tuesday, January 27, 2009

-Perubahan-

Baru sebulan je aku tinggal bandar darul aman nie tiba2 dah ada perubahan.. begitu cepat sungguh.. antaranya KFC tambah lagi satu kat yawata tu.. kat traffic light.. (bekas UNO dulu).. sebelah dengan D lima.. D lima pun dah tukar nama dah... kepada U station.. NAsi Kandar Yasmin pulak ada pekerja baru.. seorang.. huhu.. bermacam2 lagi la.. tapak uptown tu dah dijadikan tapak ekspo pula.. bermacam2 lagi la..

Monday, January 26, 2009

-Gong Xi Fa Choi-



愉快的中国新年对所有汉语朋友我的普通話的老师杨特别是老挝人shi

锣XI锣XI

-LAJU GILA-

1. Pakcik bas KKKL yang aku naik tadi memang dasyat la macam bus racer pun ada.. laju gila dia bawak.. johor ke kedah ambil masa 8 jam sahaja.. memang saspek lah..

2.Balik2 terus cocok wayar LAN memang rasa nikmat tak terhingga main internet tanpa sekatan..
download speed pun pergh.. gila2.. nak dibandingkan di kolej yang mana slow macam kura2 nak mampus..

.


Sunday, January 25, 2009

-New Ringtone HP-

Kepada sesiapa yang berminat bolehla mendownload new ringtone. TApi bunyi dia tak kuat sangat.

Turki Nokia Ringtone -dalam filem Orang Minyak Naik Minyak

Gelak Besar -iklan ubat gigi

TV3 mesej -yang 25 anniversary tu

TV3 theme baru - sebelum berita tu..

TV3 theme raya cina..

Baru je record tadi pakai auda city.

.

-Jamming Malam Minggu-

Pada hujung minggu KAMI pergi jamming dekat PARIT RAJA dan aku seperti biasa bermain DRUM.


Jangan tiru aksi ini. Hanya yang pro sahaja boleh membaling drumstik dengan kemas.



Cara mengetuk piring kanan dengan persis.Guna teknik pusing2.


Now playing : Followed by the name (Cradle of Filth)



Klimaks lagu Sakinah (XPDC)


Drum solo time nie Lagu 60's TV


Lagu Gerhana SKa Cinta : Symbal Kapit banyak digunakan serta Padel Bass.

.

Saturday, January 24, 2009

-Pusat Kesihatan UTHM-



1. Sakit tekak ni dah sampai tahap maksima dah, telan woods pun tak lega jugak.. akhirnya aku ambek keputusan untuk pergi ke PKU.

2. Doktor kata tekak aku kale merah2, dia melarang aku minum ais.

3. Doktor bagi aku ubat strepsil yang kunyah tu, syrap Bena. Hari ni dah rasa kelegaannya,memang berkesan sungguh ubat dia. Alhamdulillah.

.

Friday, January 23, 2009

-petang JUMAAT-


Sebelum


selepas

1. Hari ini hari terakhir kelas di sini kerana telah tiba musim perayaan raya cina dan juga cuti pertengahan semester. Para pelajar sibuk mengemas barang dan packing untuk pulang ke kampung halaman.

2. Aku pun bosan melihat mereka mengemas barang untuk balik kampung, lalu aku pun mengemas jugak, tapi bukan untuk balik kampung, saja la bersih2 sikit bilik.

3. Tapi meja tetap serabut jugak, taktau nak buat macam mana dah. hehe.

p/s : aku seorang yang rajin mengemas

-sakit tekak-


1. Hari ni aku mengalamai sakit kekongkong yang amat sangat, kadang2 terbatuk ehem ehem. Jam menunjukkan 1.20 tengahari dan tiba masanya untuk pergi semayang jumaat.

2. Kejap lagi nak keluar beli ubat batuk wood.. harap2 lega lah.

3. Ah.. dah lega skit setelah minum wood syrap yang beharga rm5.80 . sekali "langgah" setengah botol. hehe. Tapi dah lepas sejam lepas telan ubat batuk tu dia rasa nak batuk2 lagi.

Thursday, January 22, 2009

-First Compound-



1. Ni la surat saman first aku kat sini. Kesalahannya tidak mempamerkan kad matrik.

2. Situasi ini berlaku ketika baru pulang makan dari kedai sebelah wildan, sampai sahaja di pintu pagar utama UTHM pada pukul 11.00 mlm , pakgat ni pun tahan lah kami.

3. Aku tak bawa kad matrik termasuk hafiz sabah pun tak bawak. So susat saman dikeluarkan pada waktu itu.

4. Yang hairannya pakgat tu tak tahan pun semua kenderaan yang lalu.. dia just tahan ikut suka yang mana dia nak tahan.

5. Kesimpulannya, pakgat itu mencari kesalahan hanya kerna untuk membuktikannya bahawa dia buat kerja. Selama ini dia tak pernah tahan pun kenderaan yang masuk dan minta kad matrik.

-body laguage-



Is that ada apa dengan cinta?
nope..
we change our topic from animal communication to body laguage..
in "effective communication".
I kena topic wink and eyebrows.
That is secret signal.
Photo above is our first slideshow background..


Sunday, January 18, 2009

-spiderman KKTDI











1. Gambar-gambar di atas diambil ketika epi sedang menyelamatkan keadaan di mana hamdan tertinggal kunci biliknya.
.

-win vista activated-


alamak .. gambar kecik la pulak..

1. Aku punya dah activated dah.. setelah sekian lama search dia punya crack akhirnya jumpa jugak. Aku guna vista loader. Sesuai untuk semua Bios.

2. Caranya aku just install saja crack ni. Ni link dia..

Download Vista Loader.


-EFFECTIVE COMMUNICATION-



1. Malam ni bincang tentang assingent group yg pertama subjek effective communication.
2. Tajuk yang dipilih adalah "animal communication".
3. Pelik jugak tajuk nie. Hehe

.

-my new hair in JOHOR-

1. Aku keluar ke pekan pada malam ini, malam minggu, cuti, saja je keluar sebentar.

2. Aku hutang dengan epi suruh dia tukar tayar moto aku, so kena keluar cucuk duit la nak bayar balik. Aku keluar dengan Haris (Raja)

3. Haris ajak berhenti di kedai gunting rambut.... aku pun teringin nak gunting rambut.

"ok abg, nak gunting rambut macam mana?" .. lalu aku pun menjawab dengan berfikir untuk berkata-kata dalam bahasa baku supaya tukang gunting ni tak konfius dengan loghat kedah aku ni... "gunting bagi macam mana elok?" .. dia kata "gunting bagi smart?" ..

aku pun menolak dengan katanya itu "..eh.. taknak2.. gunting bagi nampak jahat".. dia pun terkejut.. lalu dia pun buat rambut cacak.. belakang layer .. atas tak bleh layer sebab rambut aku dah jarang dah.. so ..

"sideburn nak potong macam mana.. potong V baru mafia bang", he said. Aku pun setuju aja.

5. Balik2 aku tengok cermin ok jugak dia gunting. Bagus la pekan parit raja nie sebab majoriti pengusahanya melayu.

-back to vista-

1. Sebelum ini time beli laptop ni asalnya window vista, dan drivernya pula hanya untuk window vista 32 bit. Graphic vista memang cun dan laptop ini tak ada masalah dengan vista.

2. Setelah vista aku di interupt oleh software apa ntah, (naik Dead screen ) atau blue screen, aku cuba untuk masuk safe mode pun tak boleh. Jadi aku ambil keputusan untuk bertukar ke XP.

3. Pada mulanya XP ni ringan, driver semua aku download dari internet. Tapi bukan betul2 driver untuk laptop ni la. Cuma ambek dia punya firmware. Contohnya realtek audio, nvidia graphic. Kira tak berapa ngam la.

4. So aku pun tak berapa puas la pakai win xp tanpa drivernya betul-betul.

5. Aku pun bertukar kepada vista kembali untuk guna driver dalam CD yang telah dapat time beli laptop ni. Baru lah puas skit guna. (maklumlah, Ram 4gb Graphic 512, takde masalah la dengan vista ni)

6. Tapi yang masalahnya crack vista ni yang aku beli cdnya di kedai di parit raja nie. Crackya tak dapat diguna, so tinggal 14 days left untuk guna win ini.

7. Sesiapa ada penyelesaian untuk activation code pls email me. Aku dah try slmgr -rearm lepas tu masuk regedit set rearm kepada positif (1) tetapi tak boleh jugak.

8. Harapan aku nanti balik aku nakpi kedai member nak setelkan masalah ini.

Thursday, January 15, 2009

-makan petang-



tengah2 dok buat esaimen di petang hari lan ajak makan kat kafe..
tak nak ah makan kat kafe.. tak sodap..
so makan kat luar lah lagi sodap..
lan rekemenkan kedai makan pinang sebatang..
wow.. sodap gile siot..
nasi cendawan air tembikai susu..
harga pun murah..


p/s : lwak la dia nie pakai helmet.. hehehe

.

-foundri-

minggu ni kelas foundri batal..
bengkel tak start2 lagi dah sebulan dah.
lepas ni aku bengkel la sorang2 sebab yang lain semua transfer kredit..
itulah nasik budak DEM.. tak dapat transfer..
padahal pneumatik, hidraulik, dah ambek dah,
kena ambek sekali lagi sebab tak ada foundri..
so belajar je lah..

.

-BRUSHES KERAWANG ADOBE PHOTOSHOP CS3-

alo geng..
download brushes kat link yang aku bagi kat bawah nie.(klik situ)

kerawang 1
kerawang 2

lepas download tu copy dan paste dalam folder c:/program files/adobe/adobe photoshop cs3/preset/brushes ..

lepas tu load brushes macam biasa..

-study lagi-



mlm ni study pepejal dengan zarip. study 10 minit rehat 15minit. haha. dulu kat poli esok ada test hari ni baru study. tapi kat sini kena hari2 study. mampuih la.
aku dok melengung cari ilham dok buat mekanik pepejal..
nak kena ingat zaman poli dulu..rumus2.. tegasan.. terikan.. modulus..
adeii..
zarip sibuk mencari awek di frenster.. hampeh. hehehe..

Wednesday, January 14, 2009

-saya main drum pulak-

dok kat jitra dok main guitar dan bass..
mai sini terus jadi drummer pulak..
pelik betui dunia nie..
naseb baik apit halim pernah ajar aku main drum satu masa dulu..
sekarang nie dok tengah practis untuk band kat johor nie.
drummer universal la katakan..
kekeke...
malam2 terpaksa dengar mp3 nak hafal bit drum..

.

Tuesday, January 13, 2009

-nasi lemak mahal-

biasa la keadaan di sini..
petang2 ada la kedengaran orang menjual nasi lemak..
dia jerit nasi lemak...
memang menguntungkan betul.. tapi aku yang lapar nie terpaksa la beli..
malas nak turun kafe dah..

apa yang aku tak puas atinya nasi lemak rm1.40
that fine.. sekali upah dia mai jual blik ke blik..
tapi nasi lemak dia macam 6 kupang..
nasi .. sambal skit.. ikan bilis dan kacang sangat skit..
telur dia tu.. segiempat kecil .. 2 cm x 2 cm.
takdan nasi abeh dimakan lauk dah abeh dah..
tension..

-tidur lewat-

time : 3 suku pagi
location : bilik 108 blok b TDI uthm , laptop di atas paha yang menawan ini.

anyway esok tak ada kelas pagi..
memang hari selasa kelas pagi tak ada..
kelas start kul 2 petang.
so malam ni overnite la..
baru je habis tengok cerita cinta u turn,
mat sani beli dvd kat parit raja..
ingat nak download je.. tapi nasib dapat roomate yang baik nie..
tak payah download.. borrow je cd dia.
sorang lagi roomate yang sekepala dengan aku nie dah tidur..
raja segala anime dan manga..
aku rasa himpunannya dok ada dalam 100gb dah kot..
macam2 ada ..
tinggallah aku sorang yang belum tidur lagi..
zarip pun dah balik bilik dah..
cadang nak study dan buat projek bendalir..
tapi apa pun tak jadi..
biasa la.. masih muda la katakan..
biase la kerja tangguh2 nie..
hehehe..,,,,,,,,
ni dok ym dengan awek syabil..
tiba2 jerk.. tak tdur lagi minah nie.
kelawar kot.
nak download pun taktau nak download apa..
movie atau apa2 jenis bahan dah download banyak dah..
movie satu pun tak tertengok lagi..
takde time ..
ada time pun dok layan tenet... update blog..
so takde time nak nengok movie..
anyway mahu tidur dah..
goodnite..

-kisah hidup di satu malam satu pagi-

Monday, January 12, 2009

-pause for shoot-


no shooting for a while

-boikot product israel-




Dah boikot produk2 Israel & Amerika? Nak boikot semua ke? Kalau boleh semua la tapi kalau tak boleh, ada pakar dah jalankan kajian dan buat kesimpulan di bawah mengikut priority saham syarikat mana yg jelas byk menyumbang dan bersimpati dengan Israel, kesimpulannya spt di bawah: Priority 1: Mesti boikot, jangan sentuh: Syarikat yang jelas sokong/menyumbang kepada Israel: Mcdonalds,

kenali produk israel..barcode bermula dengan 729..kod negeri israel..jangan tertipu dengan made in XXX.tengok 729xxxxxxx. boikot barangan israel(negara asal palestin)

.

Saturday, January 10, 2009

-weekend bored-

sound : not too streo (speker kiri aku terpijak kabelnya sehingga bunyi kurang "krek krek")

-this will destroy you - 03threads
-this will destroy you - Leather wings
-this will destroy you - there are some remedies worse than the disease
-explosions in the sky - glittering blackness
-sigur_ros - olsenolsen
-sigur_ros - staralfur
-sigur_ros & steindor - fjoll

Friday, January 9, 2009

-latest style-





-cuti hujung minggu-

dah 2 minggu aku kat sini.
semakin hari semakin sibuk.
semakin hari kawan semakin bertambah.
semakin hari duit semakin susut.
semakin hari pi kelas pun semakin lewat.
semakin hari main internet pun dah bosan.
semakin hari makan banyak.
semakin hari semakin malas skit sebab ada moto.
semakin hari penggunaan telefon dah berkurangan.

so best jugak lah tinggal kat sini, ada banyak aktiviti yang menarik.


-recommended laptop-


Ni laptop murah la. Boleh la untuk buat search internet, assignment, atau kerja2 dokumen.





Laptop ni pun murah jugak. Aku pakai yang ni la sekarang nie. Laju pun laju.
Best la harga dia murah tapi spec laju.
Buat masa sekarang nie laptop aku la paling laju kat sini.
hahahaha.
Add rm76 for 2GB DDR2 Ram 800Mhz

Laptop ni boleh didapati di mana2 cawangan PCDepot.
dia tulis je sold out, pi la order mesti dapat.
http://www.pcdepot.com.my

Tuesday, January 6, 2009

-satu tekad-

terimalah hakikat suatu hari nanti..
masing-masing mengikut jalan sendiri..
tiada apa yang dapat dikekalkan..
amal dan taqwa penentunya..

Sunday, January 4, 2009

-kawan lama-


This man is afifi (epi).
Last time im very meluat dengan dia nie.
Tambah² kat poli dulu, tak habis2 buat pala.
Dah le kecik, kurang tinggi.
Hehehe.
Tapi sekarang dia ni belajar sekali dengan aku.
Dah tak meluat dah.
Tapi la ni dok buat kepala lagi.
Hahaha..
Epi.. ko bukan pendek.. tapi kurang tinggi je..
Aku bangga nie..
haha

-keyboard baru-



Hy.. this is my new keyboard .. logitech sial(bahasa sini)..
asyik dok guna keyboard laptop bosan.. lenguh tangan2..
pakai yang nie sedap sikit nak menaip..
nak main game pun senang kan.

-PTPTN riba?-

Terlalu ramai yang bertanya kepada saya tentang PTPTN. Saya cuba mengelak dari membuat sebarang ulasan di dalam web saya kerana mendapat info bahawa mereka sedang dalam proses islamisasi produk mereka. Bagaimanapun demi, bersikap adil kepada hukum dan ilmu, saya tiada pilihan kecuali perlu mengurakannya demi menjawab persoalan orang yang-orang yang bertanya dengan adil.

Jawapan mudah saya, apa yang dilakukan dengan 3 % sebagai kos perkhidmatan adalah riba. Bagaimanapun saya mendapat tahu bahawa,pihak PTPTN sedang berusaha untuk mengubah kepada sistem Islam cuma masih gagal mengimplementasikannya disebabkan oleh masalah sistem pengkomputeran sedia ada dan lain-lain masalaha yang tidak diketahui.

Saya difahamkan beberapa pakar Shariah dan bank Islam di Malaysia telah membentangkan beberapa cadangan struktur pembiayaan pelajaran baru berlandas aqad Ijarah, Bai' dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, banyak yang menemui jalan buntu dan sebahagiannya masih dalam proses penyemakan dan penilaian.

Dari sudut Shariah, 3 % yang diletakkan sebagai kos perkhidmatan itu adalah dianggap sebagai Riba. Tidak dinafikan bahawa para ulama sedunia telah meluluskan bahawa halal bagi sesuatu pinjaman yang dibuat atas asas Qardhul Hasan mengenakan sejumlah kos perkhidmatan kepada peminjam, bagaimanapun cara yang digunakan oleh PTPTN adalah tidak menepati fatwa tersebut.

Apa itu Qard

‘Qard' dari sudut definisinya bermaksud pertukaran atau perpindahan hak milik sesuatu aset atau wang dari pemilik asal kepada pihak lain dengan syarat, pihak lain itu berkewajiban memulangkan aset atau wang yang dipinjam tersebut atau yang sama nilainya pada kemudian hari.

Dalam kata lainnya, ia adalah satu jenis pemberian hutang dalam bentuk sejumlah wang atau pinjaman barangan seperti meminjamkan kereta atau telefon bimbit kepada orang lain dengan syarat ianya dipulangkan semula pada kemudian hari.

Pinjaman atau ‘Qard' dalam Islam adalah merupakan satu kontrak yang di asaskan atas dasar bantu membantu, sukarela (tabarru') dan belas kasihan kepada individu yang memerlukan (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/353). Atas sebab itu, Islam menyanjung tinggi amalan ini sehinggakan Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang melepaskan satu kesukaran saudaranya, maka Allah akan melepaskan pelbagai kesukarannya di akhirat.." (Riwayat Muslim)

Sebuah lagi hadith menyebutkan kelebihan pinjaman tanpa faedah sebagaimana hadith berikut : Dari Anas ra berkata: " berkata Rasulullah SAW, aku telah nampak pada malam aku diperjalankan (pada malam isra' mikraj), tertulis di pintu syurga : satu sedeqah dipergandakan pahalanya sebanyak sepuluh kali, manakala ‘qard' atau pinjaman tanpa faedah digandakan sebanyak lapan belas kali ganda..." (Riwayat Ibn Majah, 2/812)

Qard ( Pinjaman ) Tidak Boleh diJadikan Asas Perniagaan

Berdasarkan asas tersebut, kontrak pinjaman ini tidak sesekali boleh dijadikan sebagai alat untuk perniagaan atau meraih keuntungan di dalam Islam. Bagi memastikan objektif kebajikan dan bantuan dalam ‘Qard' tercapai, Islam meletakkan kewajiban , bagi setiap pinjaman wang (cth : RM 5000) mestilah dipulangkan pada kemudian hari dengan jumlah yang sama tanpa sebarang tambahan dan manfaat lain yang dipaksakan atau diipersetujui. Sekiranya terdapat sebarang tambahan (cth 3 % dari jumlah RM 5000 sebagai bunga atau manfaat lain), sepakat seluruh ulama menyebut ianya termasuk dalam kategori Riba an-Nasiah yang disepakati haramnya. (Al-Jami' fi Usul al-Riba, hlm 217).

Isu kos perkhidmatan dalam pinjaman

Sungguh ramai yang mengajukan pertanyaan kepada saya berkenaan hukum kos perkhidmatan dan pengurusan yang dikenakan bagi pinjaman yang diberikan. Terdapat beberapa pihak yang cuba mengenalkan produk pinjaman yang bersifat Islam serta diberi nama "Qardhul Hasan". Istilah ‘Qardhul Hasan' merujuk kepada pinjaman tanpa sebarang faedah, ertinya peminjam hanya perlu membayar wang modal yang dipinjamnya sahaja tanpa sebarang penambahan. Ia dikira sebagai salah satu bentuk ibadat yang amat digalakkan kerana sifatnya yang membantu melepaskan orang lain dari kesukaran dan keperluan mendesak tanpa mengambil sebarang peluang atas kesusahan orang lain dengan mengenakan ‘bunga', faedah atau riba.

Walau bagaimanapun, implementasi ‘Qardul Hasan' ini kerap kali tersasar dari tujuan dan konsep asal pinjaman bersifat kebajikan hingga menjadi dwi tujuan, iaitu untuk bantuan dan meraih keuntungan disebalik nama kos perkhidmatan dan pengurusan agar ia menjadi ‘Halal' kononnya.

Sebelum membincangkan soal kos perkhidmatan ini, terlebih dahulu saya ingin membawakan keputusan Persidangan ulama antarabangsa di bawah AAOIFI (http://www.aaoifi.com) menyatakan bahawa semua faedah atau lebihan (dari jumlah yang diberi pinjam) yang telah dipersetujui atau disyaratkan di dalam kontrak atau ‘aqad' pinjaman dibuat di awal kontrak atau dikenakan ketika kelewatan pembayaran balik pinjaman sama ada dalam bentuk wang, barangan dan apa-apa manfaat adalah di larang sama sekali dan ia adalah Riba. (Shariah Standard, AAOIFI, hlm 336)

Adapun dalam hal kos perkhidmatan, Majlis Shariah AAOIFI dan hasil Keputusan Kesatuan Fiqh Islam Sedunia (dalam sidangnya yang ketiga pada 1986 M) berpendapat DIBENARKAN untuk mengenakan kos perkhidmatan dengan syarat ianya ADALAH KOS SEBENAR. Resolusi mereka juga menyebut, adalah HARAM untuk mengenakan kos yang lebih dari kos sebenar, justeru para Ulama dari persidangan tadi mewasiatkan agar cara untuk mengira dibuat setepat dan sebaiknya. Selain itu, keputusan mereka juga menyebut bahawa kos-kos tidak lansung seperti gaji pekerja, sewaan tempat dan tanggungan lain-lain sesebuah institusi itu tidak boleh dimasukkan di dalam kos pengurusan sebenar bagi sesebuah pinjaman. (Shariah Standard, AAOIFI, no 9/1, hlm 337)

Hasilnya, perlu kita fahami bahawa sebarang kos perkhidmatan dan pengurusan yang diletakkan seperti 2 %, 3 % atau 4 % dari jumlah pinjaman dengan hujjah bahawa ianya adalah kos pengurusan adalah tidak boleh diterima sama sekali. Ini adalah bentuk yang dilakukan oleh PTPTN dan lain-lain institusi yang melakukannya.

Majlis Penasihat Shariah Dunia di AAOIFI menyebut " It is not permitted to link the charge to the amount withdrawn (given)" ( Shariah Standard, no 10/3/2, hlm 338). Ini adalah kerana peratusan yang dikaitkan dengan jumlah pinjaman ini menyebabkan jumlah kos pengurusan yang pada asalnya adalah sama (kerana menggunakan alatan dan system yang sama), menjadi berubah mengikut jumlah pinjaman yang diberi.

Inilah Riba yang berselindung di balik nama kos pengurusan dan ‘Qardul Hasan' namanya. Bayangkan, jumlah kos sebenar bagi sesuatu pinjaman yang diberikan kemungkinan hanya (sebagai contoh) sebanyak RM 500 bagi setiap transaksi komputer, peguam, cukai stamp dan lain-lain kos sebenar urusan pinjaman atas asas ‘Qardul Hasan'. Dalam keadaaan ini, sepatutnya sesiapa sahaja yang meminjam, tanpa mengira berapa pun jumlah pinjaman mereka maka akan dikenakan satu jumlah kos sebenar pengurusan yang tetap dan tepat iaitu RM 500.

Bagaimanapun, apabila diletakkan satu jumlah peratusan seperti 2 % dan lainnya. Jumlah kos pengurusan tadi sudah pasti akan berubah mengikut jumlah pinjaman yang diberi, tatkala itu kos pengurusan tidak lagi menjadi kos pengurusan tetapi menjadi kos faedah dan riba yang dikenakan bagi setiap sen duit atau wang yang dipinjamkan.

Akhirnya, mesej yang ingin saya sampaikan dari tulisan kali ini tidak lain adalah untuk memastikan nama ‘Qardul Hasan' dan fatwa oleh ulama sedunia berkenaan keharusan kos pengurusan atas pinjaman tidak di salahkan gunakan atau di salah fahami.

Yang Sudah Berlalu & Alternatif

Bagi yang sudah terlepas. Wallahu ‘alam, mungkin anda boleh di anggap dalam situasi 'hajiat' ( keperluan yang agak mendesak bagi mencapai fardhu ‘ain dan Kifayah iaitu belajar) jika sememangnya tiada bantuan kewangan lain yang boleh diperolehi di ketika anda memohon. Wallahu a'lam.

Allah SWT telah menyebut dgn jelas ertinya : " Allah tidak membebankan seseorang perkara yang tidak tidak dimampuinya"

Bilamana seseorang tiada jalan lain lagi yang boleh di perolehi untuk mendapatkan bantuan kewangan pelajarannya, cuma PTPTN saja yang layak (pinjaman PTPTN pula pula dibuat secara Riba), atau bagi sesiapa yang telah terlanjur terlibat dengan Riba ini, tidak banyak yang boleh saya nasihatkan kecuali bertawbat kepada Allah atas ketidakmampuan mengelak itu dan berdoa agar anda tidak di bebankan dengan dosa ini dengan hati yang tidak redha.

Mungkin ia boleh diqiyaskan kepada kisah sahabat yang mengucapkan kalimah kufur kerana terpaksa tetapi hatinya sentiasa beriman kepada Allah dan tidak redha dengan kalimah yang terpaksa di ucapkan itu. Bagaimanapun sahabat nabi tadi diancam dengan bunuh, manakala peminjam PTPTN diancam dengan tertutup peluang belajar ?. Adakah sama ?. Tidak juga, kerana belajar ilmu boleh didapati dalam pelbagai cara termasuk yang percuma seperti di web saya ini. Ringkasnya, memang sukar sebenarnya untuk mangangkat tangan mengatakan "saya dharurat ustaz" atau 'saya amat terdesak' sehingga terlibat. Lebih membimbangkan ada ura-ura untuk mewajibkan ibu bapa menjadi penjamin kepada pinjaman PTPTN si anak. Ini bermakna ibu bapa juga akan termasuk dalam kumpulan yang terlibat dengan riba dengan jaminannya.

Apapun, jika terlibat juga ia bukanlah dosa 100 % terhasil dari diri anda, tetapi pengurusan berwajib yang lebih besar tanggungannya di sisi Allah SWT.

Bagaimanapun, inisiatif pengurusan PTPTN untuk mengubah cara pemberian bantuan yang selari dengan kehendak Islam dan bertepatan dengan agenda kerajaan "ISLAM HADARI" , boleh di puji, ia pasti dilihat oleh ALLAH swt sebagai satu azam kepada kebaikan. Cuma kita mengharapkan ia lebih dari azam lalu menjadi realiti. wallahu alam.

Saya amat memahami bahawa biasiswa dan zakat pula mungkin amat sukar untuk diperolehi. Apapun, sepatutnya di usahakan terlebih bantuan lain dahulu sebelum mengangkat tangan 'mengalah' dan mengambil yang riba. Bagi saya, adalah lebih baik bagi pelajar yang belajar di dalam Malaysia untuk membuat pinjaman tanpa faedah dengan ibu bapa atau adik beradiknya ( jika mereka orang mampu) dari membuat pinjaman PTPTN yang mengenakan % tertentu sebagaia 'kos perkhidmatan' kecuali jika anda belajar di luar negara yang kosnya terlalu tinggi.

Selain itu, ada beberapa buah bank Islam ada menawarkan pembiayaan pendidikan yang distruktur secara bai Inah. Adalah lebih baik untuk mendapatkan perkhidmatan ini dari terjebak dalam RIba walaupun mungkin kosnya lebih tinggi.

Saya juga ingin mencadangkan agar anda membuat surat memohon agar dihapuskan pembayaran 3 % itu kepada pihak PTPTN, sekiranya mereka luluskan. Alhamadulillah, sekiranya mereka tidak meluluskan, maka tanggung jawab yang sudah terlepas menggunakannya telah dikira terlepas.

Bagaimanapun, jika anda gagal mendapatkan rebate dari PTPTN, maka hutang tersebut masih wajib dibayar penuh menurut undang-undang Malaysia. Saya hanya mampu mencadangkan agar rayuan pelepasan dibuat sahaja. Lebih elok jika rayuan dibuat sambil menampilkan prestasi cemerlang di universiti, mungkin ada peluang untuk mendapat pelepasan sebagaimana jenis 'pinjaman boleh ubah', yang mana kos tamabahan itu boleh dihapuskan apabila pelajar mendapat skor tinggi.

Jika benar PTPTN ada menyediakan ruang bagi mereka yang skor untuk dihapuskan kso perkhidmatan riba itu. maka menajdi WAJIB bagi pelajar untuk meraih skor itu, tidak bersungguh bagi mendapatkannya akan dikira sebagai berdosa. Kerana ada peluang untuk elak , tetapi bermalasan untuk mencapainya. Selamat belajar dalam berkat Allah......


Sekian

Saturday, January 3, 2009

-kisah surau-

hari ni first aku p surau kolej semayang maghbrib(bkn nak riak na)
seperti biasa la semyang maghrib.
lepas semayang ja baca doa la kan.
lepas baca doa amin.
lepas tu aku salam dengan orang sebelah aku.
dia pun macam terkejut.
"apa kena dengan budak nie",hatiku berkata..
rupanya2 kat sini diorang tak salam lagi.
imam akan jalan dari hujung dan diikuti jemaah..
salam semua orang la..
sambil berselawat..
hehe kantoi la first time pi surau,
budak bilik aku pun mengalami perkara yang sama.
hehe.

-bosan-

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

bosan betul

-tiket bas-

pukul 3 petang. tengah syiok tengok cerita batman dark night.
padahal dah lama dah download, tapi takdak kesempatan nak tengok.
hari ni ada masa terluang skit nie tengoklah.
tengah dok khusyuk tengok joker dok bunuh orang..
ada phone call dari akmal bean.

"haloo alip.. tiket bas habeh la.. tinggal yang paling awal pun 25 malam".. (aku mendengarnya dengan penuh seronok,gembira dan saksama)

sebenarnya 23 malam tu dah boleh balik dah, dah start cuti dah.
tapi kena balik lambat la jawabnya.
hari ni baru 3 january, tiket habis awal dah.
memang laju sungguh la macam nie.
harga tiket rm60.

ye ye balik lambat ye ye balik lambat.

yeah.. Im a man of my word "kata joker"

-SMKA Kedah catat keputusan cemerlang PMR-

BERKAT usaha dan kesungguhan tak mengenal jemu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kedah, Alor Star mencatat keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008.

Dengan pencapaian pelajar 100 peratus lulus dan seramai 51 mendapat 9A dalam peperiksaan itu, SMKA Kedah berjaya menempatkan diri dalam kelompok elit di negeri itu serta mencatat sejarah tersendiri. Malah, kebanyakan pendidik di sekolah berkenaan tidak menyangka dengan kejayaan dicapai itu.

Lebih manis, kejayaan tersebut dikongsi bersama Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Shahidan Abdul Rahman yang telah menyampaikan sendiri slip peperiksaan kepada pelajar cemerlang di sekolah berkenaan.

Terdahulu ucapannya, Shahidan, mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya mencapai keputusan cemerlang, sekali gus menaikkan imej sekolah.

Sambil memuji sumbangan dan pengorbanan guru serta ibu bapa, Shahidan, berkata lonjakan dalam PMR adalah tanda positif dalam bidang pendidikan di negeri itu.

Salah seorang pelajar, Mohd Faiz Mokhtar Kamal, mengucapkan rasa syukur kerana berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.
“Saya percaya hanya usaha gigih dan berterusan saja mampu membantunya mencapai kejayaan manis tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ummi Hazwani Ishar, berkata keputusan yang diperoleh sudah dijangka berdasarkan ujian percubaan yang diduduki sebelum ini.

Ditemani keluarganya, Ummi mengucapkan terima kasih kepada guru kerana banyak membantu mencapai keputusan yang diperoleh itu.

daripada http://penamuallim.blogspot.com/

p/s: sekolah aku tu dulu2.. bangga riak 80 kali.. haha

-motosikal-


Kepada motosikalku,

Woit bila hang nak sampai nie woooii.. aku dah patah kaki nie.

Daripada,
Tuan Motosikal.

.

-my bro johan-

amboi dok bising2 nak gambar sangat yer..
ini gambar2 yang aku rasa cun la skit..
ekekeke..


iklan gigi


nak ambil apa tu? ke nak salam dengan jurukamera.. isk.3.


macho gila siot.. berseri2..


banduan buat iklan gigi


putih sungguh gigi dia.. colgate ke godomo lion?



menempek kat kolej orang.. haa

-kebal sungguh firewall uthm-


tonight i try to hack firewall uthm punye ni.
i try many ways but the result is not successfull.
i try using freegate, ultrasurf.
but internet download manager can use when i setting the proxy same like my firefox.
average transfer rate is 10-20 kbps.
very slow.

.

Friday, January 2, 2009

-petang jumaat-



bagun sahaja dari tidur kedengaran.......
"nasi lemak meehooonnn" ..
"nasi lemak meehooonnn"...
rupanya student2 ni buat part time sale nasi lemak.
tapi alangkah bestnya boleh jual kebab kat sini.
ngam ngamm..


.

-hari cuti-




tibalah masanya hari cuti di mana ramai yang balik kampung..
tapi aku disini tak boleh balik .. a h a h a..
esok kena pi program gotong royong dan anak angkat..
aaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrr



.