Transformers jahat!! Transformers jahat!!
Itulah ungkapan yang boleh diungkapkan kerana sikap kebiadaban dan penyalahgunaan kuasanya menyerang kampung Kuala Pai, iaitu kampung tok aku. Peristiwa ini berlaku pagi tadi ketika aku sedang nyenyak tidur, dan aku bermimpi.....
Tok aku merupakan orang berpengaruh di desanya. Ada suatu kumpulan yg tidak puas hati dan nak menentangnya, jadi kumpulan itu lebih kurang seperti robin-hood. Curi harta orang untuk menolong orang yg susah.
Aku pun tak berapa ingat dalam mimpi aku tu, sebab satgi kalau cerita banyak cakap tokok tambah pulak kan. So apa yang aku ingat yang wujud dalam mimpi tu aku, tok aku, penjahat2, transformers 3 biji lori, lori tanah pulak tu, sotong kurita, dan adibah noor.
Adibah noor mempunyai kuasa menukarkan orang kepada invisble. So dia telah menyentuh aku dan aku bertukar menjadi invisible, tiada sorang pun yang nampak aku, so aku boleh berhadapan dengan transformers dengan mudah. Pada malam itu, amaran telah diberikan terhadap rumah tok aku, bahawa transformer akan menyerang. Jadi, transformer kecik2 dulu datang, yang berbentuk kumbang. Dan sotong kurita sebesar cerita the pirate of carribean sedang menawan rumah tok aku. Tiba2 bom meletup seperti mercun bola, berdentum2 di dalam rumah tok aku. Api menyembur2. Tapi apinya tak panas. Kerna tok aku sedang mencedok nasi dari periuk untuk makan malam, tiba2 bom meletup tetapi tok aku tak jadi apa2. Aku pun berlari masuk ke dalam rumah itu dengan penuh tangkas untuk menyelamatkan laptop dan external hdd aku kerna terdapat berjuta barangan berharga di dalamnya.
Begitulah cerita serba sedikit tentang mimpiku.. tengah syok bermimpi budin call ajak pi beli speaker. Mimpi terhenti dan tak tahu kesudahannya bagaimana. Yang soal invisible tu aku pun xfaham.
Sekian, peace yeow~
xlma dh la klu dpt mmpi tue...
ReplyDeletekenapa
ReplyDeleteAwat xdak nama aku pn dlm cerita ni..nak top jugak..hehe
ReplyDelete