Hari ini merupakan Hari Malaysia, dimana Malaysia telah dibentuk iaitu semenanjung dengan sabah sarawak telah bersatu pada 16 september 1963. Jadi untuk memperingati hari ini dalam sejarah, perdana menteri keenam dato najib telah mengisytiharkan hari ni holiday.
Dan pada hari ini juga ramai orang yang mengambil kesempatan cuti ini dengan membuat rumah terbuka. Hari ini aku makan sangat banyak, nasi lauk daging, bihun, mee, dll, dan sangat mengenyangkan. Sebenarnya aku masih dalam program diet ni, tapi aku tidak dapat menahan selera apabila berbagai makanan terhidang di depan mata.
No comments:
Post a Comment