Friday, November 6, 2009

-cerita tikam belakang-

hai. bertemu kembali. sebenarnya takdak idea nak cerita, so aku nak cerita satu cerita dari movie yang aku tengok nie, tapi terlupa nama tajuk dia. pelakon dia miranda,andy, nate, emily, dan ramai lagi la. cerita nie memang memberi moral yang agak tinggi. kisah ini menceritakan tentang seorang perempuan tua yang berjaya, yang bernama miranda. Orangnya sangat tegas dan garang, sangat berjaya dalam kerjayanya, tetapi tidak dalam kehidupan. Di akhir cerita ini apa yang dapat disimpulkan adalah, jika hendak berjaya , kena tikam belakang, putar belit ayat, tak pedulikan kata orang, bagi orang ikut jejak langkah dia, berkroni, makan sorang-sorang.

So anda perlulah berhati-hati dengan orang yang selalu nak kecapi kejayaan ini, ada udang di sebalik batu. Walau dia bersama kita, makan sama-sama, bergurau sama-sama, tetapi di sebalik hatinya ada yang tersirat. Jadi, tidak hairanlah jika di syarikat-syarikat di mana ramai di antara mereka yang berada di pihak atasan melalui liku-liku berikut. Jadi, kalau anggapan pihak atasan begitu, berhati-hatilah jua. Sedangkan bos pun boleh tembak anak buah apabila kejayaan dikecapi (filem cerita orang jahat). So, trust your self. Jangan percayakan sesiapa, kerana di sekeliling kita ini walaupun kita boleh percayanya 100%, akan tetapi mesti ada kadang kala di saat kita desperate semuanya akan musnah. Sekian untuk bebelan hari ini. Salam.

.

2 comments: