Sunday, November 29, 2009

-raya haji 2009 yg happening-

Alhamdulillah, tiket balik malaysia ada jugak akhirnya.
Aku sampai kt sini mlm raya. Selamat tinggal perancis..
Berikut merupakan peristiwa-peristiwa yang berlaku ketika raya haji kali ini:




1. Tukar taya kereta di tepi masjid, selepas semayang raya. Macam mana lah boleh pancit. Nasib dah banyak kali dah pengalaman tukar taya nie.


Sport rim baru, kaler kuning. Dapatkan di dalam bonek kereta anda.



2. Balik dari semayang terus tukar baju, kerahan tenaga di belakang dapur, masak kuah laksa.



3. Bro johan beli kereta baru, gen2 Cps.



4. Rombongan pergi ke rumah baru pakngah, all malaysia car.


5. Raya kali ni semua adik beradik berkumpul kat rumah makngah.



6. Petang hari pula diadakan acara sukan family, dimana dari muda sampai tua turut terlibat.


Sekian terima kasih.

Thursday, November 26, 2009

-selamat hari raya qurban 2009 dr france-


Salam perantau dari saya yang sekarang ni berada di Saint Séverin perancis. Maaf kepada semua rakan kerana tidak memberitahu saya berada di sini sekarang. Panjang ceritanya. Sebenarnya saya tidak berhasrat ke sini, saya sebenarnya nak ke Mekah tetapi tersilap naik kapal terbang lalu sesat di pekan perancis ini. Di kesempatan ini saya berayalah sorang2 kat sini. Nanti saya ada duit saya beli tiket balik Malaysia. ok. I love Malaysia. Bye.

.

Wednesday, November 25, 2009

-ubuntu again-

try this..

apt-get moo

aptitude -v moo

aptitude -vv moo

aptitude -vvv moo

aptitude -vvvv moo

aptitude -vvvvv moo

=.=

-tidur malam-

sejak dua tiga hari ni aku pun hairan.
kenapa aku asyik tertidur di waktu malam.
selalunya malam aku berjaga dan pergi lepak-lepak di kedai mamak.
hmm.. satu persoalan nih..

.

Monday, November 23, 2009

-hujan dan sejuk-

everyday is rainy.
rain will cold.
cold will rain.
slow the fan.
i cant sleep in cold.
takziah to all my friend in kelantan, hope they will be fine. (banjir)
tq.

.

-maple dah maju-

Balik saja dari kedai yasmin nasi kandar terus pergi ke rumah maple. Nampaknya dia sudah maju sekarang, lens semua dah besar2 ekzos kereta dah aku tengok, kamera pun dah besar, dah mcm studio dah. semoga berjaya maple. good luck!

.

Sunday, November 22, 2009

-deKan?-

dekan?
3.50 above?

sem ni dekan lagi seperti sem-sem lepas? jangan haraplah. sekali sekala kita perlu dok kat bawah jugak.

so, what is the different between 3.3 and 3.5.
Answer, nothing different. But if u get 3.7 above, its different.

So, thank u.

.

-windows workspace switcher-

pernahkah anda memakai free os seperti ubuntu yg buntu?
kalau anda pernah explore, kt situ ada workspace switcher dimana anda boleh switch banyak2 desktop dan ini tidak akan menyemakkan taskbar anda. just guna shortcut key atau mouse sahaja, anda boleh pergi ke workspace baru.

berita menarik!
kepada pengguna2 microsoft windows, anda juga berpeluang merasai nikmat itu.
anda boleh download 3dcube desktop kat link bawah ni.
trai la, up to 4 workspace.

download sini

sekian terima kasih.

.

-im home, bebas berinternet-

sudah lama kebebasan internet disekat. sekarang semuanya telah kembali normal. boleh post blog seperti biasa. streamyx is great nak compare dengan yang lain-lain buat masa terdekat ini.

perbandingan streamyx dengan talian lain di bawah ni:
Celcom Broadband --> Connection rajin timeout, dari 3g selalu terjun ke gprs. Kalau page tu berat skit seperti maybank dan blog, takboleh masuk terus. naik google search. selalu terjadi pada malam hari. Dan kena selalu disconnect dan connect kembali untuk mendapat line yang laju.

P1 --> Kawasan aku takdak so aku memang tak ambek tahu benda nie.

Wifi UTHM --> dulu tak block, tapi sekarang dah byk block. Login maybank tak boleh dan login blogspot pun tak boleh. asal login yang ada address panjang skit contohnya seperti ni http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=1720058401128257927 dah tak boleh dah kecuali emel.

.

Monday, November 16, 2009

-ubuntu-

ubuntu.. satu OS freesource yang tidak asing lagi..

Apa!! ingat aku nak puji ubuntu ka.. sudo sana sudo sini..
Nak install pun sudo jugak.. sudo get-install testdisk
Nak recover pun sudo jugak.. sudo photorec

Sebenarnya ceritanya camni. Kelmarin dulu aku nak la trai pakai ubuntu 9.0.4 nie, nampak menarik jugak. Sebelum2 ni aku tak pernah pakai linux lagi. Nak jugak trai mana la tau tiba2 syok kan, boleh la takat nak eksyen kat orang lain. Haha. tapi ubuntu buat aku buntu. Sebab dia dah delete vista loader aku, aku malas nak kosongkan partition, jadi aku install jelah. Lepas install, habis partition aku kena swap jadi ex3 format pulak. abes data aku hilang. yang ada folder C sahaja. Folder D dengan E aku ntah hilang di lubuk hardisk nie. Habis data-data penting aku.

Dah trai recover macam2 dah, bukak hardisk cucuk kat pc lain, pakai linux reader, ntfs-3g, set testdisk, tak jumpa2 juga. Agaknya mungkin ia telah format disk aku. Nak logon windows tak boleh dah sebab visa loader aku dah kena delete dengan ubuntu nie. Nak install ubuntu ni dia cakap dia nak delete vista loader (crack vista aku).

Lepas takdak harapan sehari aku bersama ubuntu, aku dah fedup dah sebab data semua hilang dah. Then, format pakai xp bagi jadi RAW balik, then install Windows 7 pulak, aku dok baca dalam forum dia kata laptop aku boleh pakai, then pakai driver vista. aku pun install la win7 nie. Dan driver pakai yang vista nie, semua dah ok. Cuma satu ja tak ok. aku heran kenapa macam USB aku mcm takdak driver ja. semua dah install dah. siap download tambah dari internet lagi. Lagi satu windows7 ni tak boleh nak patch dalam laptop aku nie. adeh.. dah download macam-macam patch dah, tapi tak boleh jugak. ada fail takleh bukak seperti sppvs.exe, so takleh nak set la. registry dah set pun tak boleh jugak, sebab WGA tu dah detect.

Kalau WGA tak detect lagi boleh la trai patch lain2 lagi. LAst2 aku install terus window vista yang aku pakai sebelum ni senang. driver apa semua matching. Dan sekarang tiada masalah. Cuma RAM detect 3gb ja sebab win aku 32bit. OS Win vista 64 cari CD tak jumpak.

DAn sekarang semuanya macam baru. data semua hilang. sekian.


.

Monday, November 9, 2009

-update music-

hai semua.
selama beberapa lama ini folder music aku tak pernah bertambah2. dan asyik dok dengar lagu yang sama saja sejak dah tak pakai ares ini. nak pakai mediafire apa semua adik beradik hosting tu malas la pulak. currently most song yg aku dgr skrg nie dah jadi terlalu universal.

-lagu dangdut, hindustan, arab, qhasidah, lagu kawin.

aku taktau nak dengar lagu apa dah. ok masa untuk tidur. bye.

.

Sunday, November 8, 2009

-ıʇɐɥ ɐʇıɹǝɔ-

ɹɹɹɹƃ ˙˙ɐɥ ıu nʞɐ ɐʎuɥopoq ɐdɐuǝʞ ˙uıɐן ƃʎ uɐɯɐpı ɐʞɐɾǝɾ ʇʞ uɐdɐɹɐɥ ɥnɹɐuǝɯ ɥısɐɯ ɐıp qısɐu ɥɐʞɐdɐ dʇ 'ıu ɐɯǝızɐ sɯ ןǝʞǝʇ ʞu nʞɐ uɐdɐɹɐɥ ɐpɐ ɐן 2ʇoʞ ɐıp sɯs ɐɾ ɐɾɐs nʞɐ ıuı ıɹɐɥ

Friday, November 6, 2009

-cerita tikam belakang-

hai. bertemu kembali. sebenarnya takdak idea nak cerita, so aku nak cerita satu cerita dari movie yang aku tengok nie, tapi terlupa nama tajuk dia. pelakon dia miranda,andy, nate, emily, dan ramai lagi la. cerita nie memang memberi moral yang agak tinggi. kisah ini menceritakan tentang seorang perempuan tua yang berjaya, yang bernama miranda. Orangnya sangat tegas dan garang, sangat berjaya dalam kerjayanya, tetapi tidak dalam kehidupan. Di akhir cerita ini apa yang dapat disimpulkan adalah, jika hendak berjaya , kena tikam belakang, putar belit ayat, tak pedulikan kata orang, bagi orang ikut jejak langkah dia, berkroni, makan sorang-sorang.

So anda perlulah berhati-hati dengan orang yang selalu nak kecapi kejayaan ini, ada udang di sebalik batu. Walau dia bersama kita, makan sama-sama, bergurau sama-sama, tetapi di sebalik hatinya ada yang tersirat. Jadi, tidak hairanlah jika di syarikat-syarikat di mana ramai di antara mereka yang berada di pihak atasan melalui liku-liku berikut. Jadi, kalau anggapan pihak atasan begitu, berhati-hatilah jua. Sedangkan bos pun boleh tembak anak buah apabila kejayaan dikecapi (filem cerita orang jahat). So, trust your self. Jangan percayakan sesiapa, kerana di sekeliling kita ini walaupun kita boleh percayanya 100%, akan tetapi mesti ada kadang kala di saat kita desperate semuanya akan musnah. Sekian untuk bebelan hari ini. Salam.

.

-brand new guitar-




Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.
Dah lama tak update blog ni sampai ada orang komplen pulak. Sebenarnya sekarang ni memang sibuk dengan final exam dan bermacam-macam lagi. Selalunya aktiviti di hujung semester ni amatlah banyak. Straight to the point, ini squire (telecaster) baru sahaja dibeli dengan harga ribuan ringgit. Tapi bukan aku punya. Ni zarip punya. Sekian, terima kasih.

.