Thursday, July 2, 2009

-insurance motosikal-

bila bercakap tentang insuran motor, ia mestilah berkaitan dengan nak renew roadtax.
insuran naik berlipat kali ganda.

apa kejadahnya semua ini?

Sebentar tadi aku baru pergi ke pejabat pos untuk membuat bayaran insuran.
Dia cakap ada alliance insuran saja, tapi diorang tak terima moto aku.
Maklumlah moto lama, sudah 15 tahun(thn 1994), tapi masih laju lagi.
Masa dah dekat dengan pukul 4 ptg, aku bergegas la cari syarikat insuran.
Hari sabtu ni aku dah nak balik johor dah, esok dan lusa kedah cuti minggu.
aku pun berkalut-kalutlah, pergi ke takaful.
Aku nak buat insuran third party je, tu pun dia nak cas RM165.50.
Mak ai mahalnya, motor adik aku pun first paty baru rm130.
Memanglah motor aku lama, tapi tak guna jugak bayar mahal,
Kalau moto baru takpalah.
Duit dalam poket bawak seratus je, aku pun blah la dari situ.
Lepas tu aku pergi kedai hotlink bsn lama tu, ada gak jual insuran.
Diorang cakap mai hari ahad pulak.. sebab nak kena call office,
Moto aku ni kena mendapat kelulusan dulu. Adeh..
Memang nasib macam nie lah pemakai moto2 antik..
Tahun lepas insuran baru Rm50..

1 comment:

  1. baru renew rtax insurance untuk kriss110. RM165 perghh.... 1Insurance

    Kenapa kami yg pakai motorsikal ni jugak yg menerima sengsara.

    ReplyDelete