Friday, October 24, 2008

-jiran-

Sebagai seorang jiran kita haruslah menghormati jiran yang lain yang berada di sekeliling rumah kita. Jiran merupakan orang terdekat kita selain dari ahli keluarga kita. Setiap perkara haruslah dititikberatkan.

Sebagai jiran, kita harus memikirkan beberapa perkara...

* Parking kereta. Bagi keluarga yang mewah, yang ada 2 3 4 5 biji kereta, kita haruslah tidak menggunakan hadapan rumah mereka sebagai parking sementara kita. Walaupun sedikit. Kerana ini akan menyusahkan jiran kita jika berlaku kecemasan.

* Tambah rumah. Bagi yang berada, janganlah tambah ruang rumah secara berlebihan. Contohnya walaupun belakang rumah tiada siapa yang lalu, tetapi janganlah sampai melepasi garisan tanah yang sedia ada.

* Tong sampah. Jika hadapan rumah kita penuh dengan kereta, janganlah letak tong sampah di sedikit hadapan rumah sebelah kita. Tak manis dipandang. Bagi sesiapa yang ada jiran sebegini, anda boleh buang sampah ke dalam tong sampahnya. (aku selalu buat..hehe)

* Tegur. Tak kira melayu cina india kita kena tegur, bagi yang baru pindah atau sewa, kena saling bertukar nombor telefon atau emel, agar jiran anda mudah menghubungi anda sekiranya berlaku sesuatu.

* Asap. Jika kenderaan berasap atau ekzos bising, jangan hidupkan enjin lama² jika asap itu masuk ke rumah jiran anda.

* Kucing. Bagi yang bela kucing, tolonglah jaga kucing elok. Jangan bagi kucing anda merempat di rumah orang dan membuat tandas. (pengalaman sekarang ,76,Persiaran Mayan Pasir 5, Bayan lepas, Penang)..

No comments:

Post a Comment