Friday, January 25, 2013

Cinta pada Allah segala-galanya

Assalamualaikum, dah lama tak menulis. Rasa pelik dan kekok.. last dok menulis pun waktu zaman2 student dulu.

Untuk tajuk hari ini ada relate sikit kepada orang yang sedang mengalami putus cinta ni. Putus cinta ni sangat menyakitkan, time tu perasaan bergolakan, rasa hidup tiada erti lagi, tak boleh nak teruskan hidup, tambah2 lagi orang yang baik yang setia pada sorang saja. Kekasih hati tu ibarat jantung nadinya sendiri, sebagai teman hari-hari, bila tiada, ibarat hidup di dunia seorang diri. Ni semua permainan duniawi. Tapi pada permulaan memang memberi efect yang sangat dasyat.

Pada waktu ini, syaitan sangat suka membisik macam2 benda yang pelik, dan pada waktu inilah ramai yang terjerat. Jadi pada orang2 yang jodoh tak panjang di luar sana, jangan risau, semua ini berlaku atas kehendakNya. Redha dan berserah bulat2 kepadaNya. Memang susah melupakan kenangan-kenangan bersamanya, tapi kita kena fikir, banyak lagi benda ke depan yang perlu dilalui. Hidup ini bukan hanya bercinta semata-mata.

Kepada yang putus cinta, haruslah bersyukur dan rasa bahawa Allah mentakdirkan begitu untuk menyedarkan kita, bahawa Allah nak kita ingat kat Dia selalu, supaya kita tidak hanyut dengan keenakan duniawi yang sementara ini. Bukan bermakna Allah nak menyeksa hambanya, tapi ingatlah, setiap ujian dariNya, kita perlu hadapi dengan tabah. Allah sangat sayang hambanya, dia nak kita selalu meminta, merayu, bermunajat kepadaNya , dan Dia mahu kita jadi kekasihnya.

Jangan kita pandang terlalu duniawi sangat, kita kena pandang dunia ini dari sudut akhirat. Betapa kecilnya dunia ini, sementara semuanya, yang kekal selamanya adalah di alam akhirat sana. Di situ kita akan sangat bahagia yang tak terhingga Allah bagi, hidup di dalam syurga bersama bidadari yg lebih cantik tak terhingga. So kalau nak semua tu kena beriman dan bertaqwa kepadaNya, selalu berdoa. Sabar, sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar. Sabar, dunia paling lama pun 100 tahun saja, tu pun kalau umur panjang, nak dibandingkan dengan akhirat, infiniti.. kehidupan selama-lamanya.

So, hidup kat dunia ni sebagai latihan, amalan kita sebagai bekalan di sana.

“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (QS. Adz –Dzariyat: 56 )


Allah ciptakan kita adalah untuk mengabdikan diri kepadaNya, untuk beribadat kepadaNya. Di saat kita sedih, gembira, Allah sentiasa mendengar luahan hati kita. Allah yang melihat kita dari kecil sampai besar, tentukan rezeki dan segalanya. Tapi kita ni selalu lupakanNya, terlalu asyik dengan dunia sahaja.
So, gunalah waktu yang sunyi ini sebaiknya, buatlah amal ibadat semampu mungkin. Janji Allah itu pasti. Janji manusia ja selalu dok kona2.

Antara perkara yang boleh tenangkan hati ini adalah baca Al-Quran, kerana Al-Quran akan menjadi teman kita di kubur nanti. Bangun malam buat solat tahjud, hajat, witir. Inshallah, doa-doa akan dikabulkan. Ini merupakan amalan para solihin sebelum kamu. Buat pelan2, semoga ia beterusan. Amalkan solat Dhuha, agar buka pintu rezeki.

Buat semua benda ini dengan ikhlas dan khusyuk. Walaupun rasa berat, kalau sungguh2, lama2 kita akan rasa kemanisannya. Hati pun menjadi tenang. Inshallah.

Jadi, cintai Allah lebih baik, kerana Dia yang menentukan segala-galanya yang terbaik untuk kita. Kalau kita mendapat duka, nanti akan digantikanNya dengan kegembiraan. Usahlah bersedih dan mengeluh. Allah maha adil. Kita hanya bawa diri kat dunia ni, ingat, sementara sahaja, jangan sia-siakan peluang yang telah Allah berikan untuk beribadah kepadaNya. Amin



No comments:

Post a Comment