Sunday, January 1, 2012
Lusa bermula final paper
Salam, lusa saya ada final paper advance machining. Semester ni semester last. Ada 3 paper semuanya. Selepas selesai tiga paper ni, good bye UTHM. Rasa seperti merdeka kembali. Dulu-dulu, di waktu zaman diploma, selepas habis semuanya, rasa puas dan merdeka. Rasa dah tak mahu untuk hadir ke kelas, belajar secara formal, kalau lecturer kata A, kita kata A, kalau dia kata B, kita kata B. Tetapi ekoran daripada ekonomi down pada hujung 2008, terpaksalah sambung belajar lagi. Setelah masuk belajar untuk mendapatkan ijazah, pelbagai tekanan dilalui, dan sekarang, keinginan untuk sambung belajar ke peringkat lebih tinggi dah tiada. Memadailah hanya Ijazah, hidup secara bersederhana. Bukan tidak mahu teruskan lagi, sebenarnya cukup senang untuk sambung ke master, tetapi umur tidak mengizinkan, dan saya bukanlah dari keluarga yang berada. Oleh itu, 3 paper yang terakhir ini pun saya tak berapa nak pulun study, kalau pulun pun sakit badan sahaja. Pulun di sini bermaksud berusaha sampai lebih limit. Kalau ada rezeki, tak kemana. Kita merancang, Allah menentukan. Insyallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment