Kini sudah 9 minggu berada di kilang ASE mengharungi hari-hari letih penat menghempas pulas bekerja di kilang subcon. Cuma tinggal seminggu saja lagi untuk menamatkan latihan, tetapi buku log dan report masih tertangguh dan berserabut memikirkan penulisan untuk mengelakkan pengulangan berlaku. Minggu ini minggu akhir, minggu ini juga rasanya aku perlu menghabiskan masa di hadapan buku yang masih kosong, dan minggu ini juga perlu bersiap sedia menghadapi Ramadhan Al Mubarak. Alhamdulillah, ramadhan kali ini dapat disambut secara selesanya di rumah, sambil menyiapkan report PSM yang masih berada dalam kegelapan kerana tajuk sering bertukar-tukar.
No comments:
Post a Comment