Sunday, July 31, 2011

Selamat tinggal ASE (practical training 2011)


Kini, sudah 10 minggu kami (aku dan wadi) berada di ASE. Tiba masanya untuk kami meninggalkan hari terakhir di ASE. Gembira, sedih, rindu, semuanya dapat dirasai, banyak kenangan yang tak dapat di lupakan ketika kami praktikal di sana. Support dari team semua sangat baik. Terima kasih yang tak terhingga (infiniti) kepada saudara supervisor, Encik Fakhrul yang telah banyak membimbing kami di kilang, dan merupakan Bos yang paling sporting, xpernah marah2 dan good communication. Selain itu, terima kasih juga kepada sahabat Cadet Engineer kami iaitu John-Paul Macartan Gomes (sorri kalau salah eja), merupakan best friend ever (paling jujur kat duniawi ni), boleh bekerjasama dan pandai cakap inggeris. Then, terima kasih jua kepada Staff Engineer yang paling pelik pernah kutemu, Dato Ekhwan Md Isa, merupakan pengurus pasukan badminton Die prep, yang paling macho dan hensem, peramah (kadang2 pemarah), paling sosial, paling semua jenis paling lah, yang paling rapat dengan kami di dalam dan luar kilang, yang membawa kami untuk kenal ramai rakan lagi di kilang. Jadi dari beliau kami tak segan untuk bersosial dengan masyarakat kilang ASE. After that kepada technician2 yang beri tunjuk ajar dan bergurau sehingga kami boleh gelak, TH Lim (dah resign pi firstsolar), TA lim, Bang Halim, Nong, Tawee, Elmie, dan kak perempuan tu (lupa nama dia, kalau tak silap Haslina kot), BC LAU, Wong (jefry hakimi)serta operator2 yang kami taktau namanya (kami tak gatal) yang telah banyak memberi tunjuk ajar juga. Lastly to YY Koay, Bos besar Die prep, thank you very much.


Kepada Geng badminton, Bang Bad (selaku bendahari dan pembekal air gula), Pak Mus(jaguh depan net), Pak Omaq, Lie kinet, Kapten Anuar (paling hingaq skali dia ni la.. hehe), Azehar, Amir, Shaqran, Toin, John, Ekhwan, Elmie, dan lain2 (tak ingat nama), we love you all and thanks a lot.

Monday, July 25, 2011

Top Up Paypal dari bank

Sebentar tadi aku google cara nak transfer duit ke paypal, maklumlah sekarang nie kalau nak beli barang kat luar negara tak boleh pakai maybank ke apa ke. So paypal lebih familiar la. Aku dah tengok rate, maybank2u kalau transfer kena caj RM2. Tapi RHB kalau topap paypal tak kena cas.Nasib aku ada akaun RHB.

Sunday, July 24, 2011

BBQ labu sayung familia




23 Julai 2011 : Labu sayung (LS) familia sekali lagi telah menggemparkan dunia apabila majlis besar-besaran BBQ telah diadakan semalam, yang telah diuruskan oleh encik hasriq (atan) dan juga tuan tanah, Mohd Nurhisyam Ramly.


seminggu lagi tamat praktikal

Kini sudah 9 minggu berada di kilang ASE mengharungi hari-hari letih penat menghempas pulas bekerja di kilang subcon. Cuma tinggal seminggu saja lagi untuk menamatkan latihan, tetapi buku log dan report masih tertangguh dan berserabut memikirkan penulisan untuk mengelakkan pengulangan berlaku. Minggu ini minggu akhir, minggu ini juga rasanya aku perlu menghabiskan masa di hadapan buku yang masih kosong, dan minggu ini juga perlu bersiap sedia menghadapi Ramadhan Al Mubarak. Alhamdulillah, ramadhan kali ini dapat disambut secara selesanya di rumah, sambil menyiapkan report PSM yang masih berada dalam kegelapan kerana tajuk sering bertukar-tukar.



Thursday, July 21, 2011

Malas

Musim untuk update blog telah kembali malas. Ini disebabkan oleh faktor persekitaran yang sangat sibuk dengan kehidupan harian dan juga tiada meja lepak untuk tulis blog. =)