Sunday, June 27, 2010

dah lama tak update ^^

Salam.

Dah lama tak update personal blog ni, dok sibuk dengan blog LENSA GRAFIKA iaitu blog untuk team photography yang baru ditubuhkan baru setahun jagung. Anyway syarikat tanpa lesen ini ditubuhkan hasil titik usaha saudara Nadzme Nadzem dan Azrul Izwan, dimana mereka telah menjembut saya untuk join sekali. Tujuan utama syarikat ini ditubuhkan adalah untuk bisnes tak kala menambahkan pengalaman dan kemahiran bidang fotografi.

Cuti semester kali ini banyak dihabiskan bersama kamera puas-puas, sudah lama kamera ini terperuk di dalam almari dekat kolej, kini tiba masanya ia bekerja kembali. Shutter count pun semakin bertambah, so terpaksa kurangkan capture gambar2 yang sia-sia. Baru-baru ni saya baru pi penang beli tambah bateri grip dan speedlight hasil upah duit kawin sikit2. Maklumlah, kamera body zaman tok nadoq, rasa nak upgrade lama dah, so sekarang.. boleh la nampak ok skit..

Cuti kali ini juga banyak langkah kanan, maklumlah member banyak yang dah kerja, dan banyak yang open table. Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada kekasihku di Penang, Amri Suhaimi, Bigshow, Maple, dan kawan2 lain, banyak sangat yang belanja sampai lupa.. Tak lupa juga rakan JAMMING.. Apit halim, Paknon, Zarif, Mizan, yang menghiburkan muzik tanah air baru2 nie. Hehe..

Sekian.

No comments:

Post a Comment