Pada tanggal 1 oktober lepas mohd farid telah mengadakan jamuan hari raya di rumahnya pada malam yang gelap itu. kami satu kelas dengan kelas sebelah dijemput untuk menghadiri dan memeriahkan majlis tersebut. seramai kira-kira ramai lah yang hadir pada malam itu. Ada yang naik kereta dan ada yang naik moto dan ada yang tumpang menumpang belakang moto dan belakang kereta. Majlis berjalan dengan sungguh lancar tanpa gangguan dari pihak media dan warga asing sekitar ayer hitam. Perjalanan ke rumah farid mengambil masa 35 minit jika dipandu full throttle moto ex5 yang telah diupgrade enjinnya. Pihak penganjur iaitu parent farid telah menyediakan juadah yang sangat istimewa iaitu bihun soto dan juga lontong kuah kuning serta air sirap bandung campur buah-buahan import. Kami yang menghadiri pada waktu itu sangat suka dan ceria kerana dapat makan dan berhibur dengan mercun yang telah dibakar oleh bapa farid. Antara pengajaran yang boleh kami dapati dari majlis ini adalah bekerjasama dan tolong menolong dalam menguruskan perjalanan yang berliku-liku untuk sampai ke destinasi.
Maghendren dan Siew We turut serta memeriahkan majlis tersebut. Inilah dikatakan 1 Malaysia.
Gambar ahli-ahli kelas yang sempat dicapture.
No comments:
Post a Comment