Sunday, October 25, 2009

-Creativity & Innovation exhibition 2009-


Gambar ni diambil kat atas dewan, time nie malas nak present, so naik atas mengulat la.
Projek kumpulan kami telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan kali ini.
Sekian terima kasih.

.

-dynamics project-



Minggu lepas merupakan minggu yang paling sibuk dalam semester nie.
Time nie lah nak buat projek dinamik.
Time nie lah nak buat projek C&I.
Time nie lah nak buat test statistics.
Time ni jugalah Hubungan etnik.
Time ni jugak lah oral makmal.
Time ni jugaklah nak kena buat esaimen2.
Alangkah indahnya kalau sehari ada 100 jam. kekekeke.

.

Saturday, October 17, 2009

-pertandingan put put boat-


dah lama tak update blog.
malas sungguh la nak update.
hari-hari sibuk.
anyway petang tadi ada pertandingan put put boat, (termo punya projek), group aku dapat nombor dua (group bot laju). tahniah2. sekian.

.

Monday, October 12, 2009

-Program Gearing for Success UTHM 09-



Pada 24 September 2009, pihak fakulti FKMP UTHM telah mengadakan satu program bermotivasi "gearing for success 2009" yang telah diadakan di Felcra Tebing Tinggi, Segamat. Seramai 44 orang yang terpilih menjadi peserta telah mengikuti dengan jayanya program ini. Program ini bertujuan untuk menambahkan lagi semangat para pelajar untuk skor di dalam pelajaran.

.

Wednesday, October 7, 2009

-jamuan raya farid-

Pada tanggal 1 oktober lepas mohd farid telah mengadakan jamuan hari raya di rumahnya pada malam yang gelap itu. kami satu kelas dengan kelas sebelah dijemput untuk menghadiri dan memeriahkan majlis tersebut. seramai kira-kira ramai lah yang hadir pada malam itu. Ada yang naik kereta dan ada yang naik moto dan ada yang tumpang menumpang belakang moto dan belakang kereta. Majlis berjalan dengan sungguh lancar tanpa gangguan dari pihak media dan warga asing sekitar ayer hitam. Perjalanan ke rumah farid mengambil masa 35 minit jika dipandu full throttle moto ex5 yang telah diupgrade enjinnya. Pihak penganjur iaitu parent farid telah menyediakan juadah yang sangat istimewa iaitu bihun soto dan juga lontong kuah kuning serta air sirap bandung campur buah-buahan import. Kami yang menghadiri pada waktu itu sangat suka dan ceria kerana dapat makan dan berhibur dengan mercun yang telah dibakar oleh bapa farid. Antara pengajaran yang boleh kami dapati dari majlis ini adalah bekerjasama dan tolong menolong dalam menguruskan perjalanan yang berliku-liku untuk sampai ke destinasi.

Maghendren dan Siew We turut serta memeriahkan majlis tersebut. Inilah dikatakan 1 Malaysia.

Gambar ahli-ahli kelas yang sempat dicapture.