Tuesday, November 25, 2008

-telan mati...luah pon mati....mampos la camni!-

telan mati...luah pon mati....mampos la camni!
By Edward at 11/24/2008 09:14:00 PM
kenapa kawan laki aku depan awek baik nak mampos tapi belakang macam celaka?

adoila...

jiwa aku mati....sebab bila aku tengok couple jenih mcm tu....aku rasa palsu sangat....kenapa depan awek belakon baik punya??? belakang...awek yang bawa masalah....awek bitch la...


hmmm......


tapi mungkin dunia ni berasas dari situ.....penuh dengan penipuan. (by edward)


komen :
dlm dunia ni kita 3 orang je yg jujur,, hang, aku , an.. hahahahaha

-PIKOM PC FAIR-



PIKOM PC Fair 2008 (III) - Dates and Venues

5 - 7 December 2008 (11:00 am - 9:00 pm)

Penang International Sports Arena, Penang - Jalan Tun Dr Awang, 11900 Relau

Sabah Trade Centre, Kota Kinabalu, Sabah - Jalan Istiadat, Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu

Central Square, Sungai Petani, Kedah - Jalan Kampung Baru, 08000 Sungai Petani

Dewan SJK(C) Yuk Choy, Ipoh, Perak - 195, Jalan Sultan Iskandar, 30000 Ipoh

Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang - Jalan Tun Ismail, Sri Dagangan, 25000 Kuantan


p/s : nak servey laptop nieee

Monday, November 24, 2008

-kenderaan-


Motosikal Honda EX5.
Tahun : 1994
Kaberator : ex5, kriss, Ts, RX(sekarang)
paling laju pernah pecut : 135km/h
tahap sekarang pecut : 123 km/h (sebab dah pakai exzos std)
Eksiden sudah berpuluh² kali.
Lumba haram : tak pernah
Lumba syok : banyak kali (selalu kalah)
Perkara membanggakan (pernah willy pusing 360 darjah)-kred to budin.
Tempat paling jauh pernah sampai : tambak johor
Saman : tak pernah kena lagi



Kereta proton saga 1.5s
Tahun : 1989
Taraf kerakyatan : dah jual dah, kereta lama tak bleh simpan lama².
Paling laju pernah pecut : 175km/h (tu pun jalan pendek. 2km je)
Lumba haram : tak pernah
Lumba syok² : byk kali dah.. dengan maple.. sama kuat
Eksiden : pernah terbabas akibat drift (nasihat: jgn drift jika pacuan taya depan)
Warna : putih, lepas terbabas tu cat kale merah.
Power stereng : tiada.. lenguh tangan².
sejarah : kereta mula aku belajar kereta waktu tingkatan 3.
saman : tak pernah kena lagi.



Kereta Kancil 660
Tahun 2001.
Taraf kerayatan : dah jual, kereta tak bleh simpan lama².
Paling laju : 135 km/j.
Lumba haram : tak pernah
Lumba syok² : tak pernah
Eksiden : sejak aku bawak tak pernah eksiden lagi
Warna : hijau tua (bumber kale silver) ..macam hindu skit.
Audio : fullset habis 4 ribu (my bro buat). memang puas hati lah.
paling jauh pernah aku bawak : penang je..
saman : tak pernah kena



Kereta wira 1.5 auto
Tahun : 2002
Taraf kerakyatan : masih diguna pakai.
Kondisi sekarang : valve bocor, sampai masa dah..
Warna : hitam purple.
lumba apa semua tak pernah. kereta family.
Rim 15 bmi kot.
Minyak macam ayam lagi, 1.5 kali ganda kereta biasa.
saman : tak pernah.



Kereta saga BLM 1.3
Tahun : Mei 2008
Kale : mintak kale silver, tapi dapat pun silver.hehe
Kereta masih baru, tiada sejarah lagi.
paling laju : 120 kmh.. mana bleh naik laju².. sayang2..
eksosori : spoiler, skirt, bumper, rim 15 .
Paling jimat minyak. jitra - penang rm15 saja petrol.




sejak aku naik kenderaan, pernah kena saman sekali seumur hidup.
tidak melekat L di belakang.
cis..
time tu moto 125 abang aku..

Sunday, November 23, 2008

-UTHM-

permohonan untuk masuk ke UTHM (kuitho) telah berjaya..
kos mekanikal..
change to student pulak la lepas nie..
.............
-rambut pendek
-duit sengkek
-kena beratur beli tiket bas
-meggi
-ke kelas dengan memakai baju hujan ketika hujan
-basuh baju sendiri

.. argh.. meluatnya ..

.......bersambung.......... (nak tulis surat resign sat)

Friday, November 21, 2008

-HENSET HILANG?-

apa?
henset hilang?
betul ke?

mari kita dengar perbualan mereka..

alif : hari tu hang bagitau henset hilang. apa kes?

budin : henset aku dua2 hilang.

alif : hilang kat mana?

budin : hilang kat masjid taman mahsuri. hari tu aku pi semayang 10 minit aku masuk dalam
masjid.. tengok2 dah hilang.

alif : hang letak kat mana henset hang.

budin : aku letak dalam dashboard kereta. aku lock semua dah tapi ada orang pecah masuk.

alif : oo.. takziah.. ni hang pakai henset mana pulak?

budin : ni aku pinjam henset memba aku. aku pakai number maxis ni ja. celcom tak buat lagi.
nama adik aku.

alif : tudia kesian no. gaji kerja beli henset. lepas tu repair henset. pastu hilang.

budin : #$&^%&^%*&$%^##$@#$&%*(&)(*)%

alif : kata nak beli bateri kereta .. ap cer..


...................... kisah kedua pula .................................

alif : woit henset baru .. kaya nampak.. hari2 ot.. sudah tukar henset ka..

miau : bukan tukar henset ma.. aku punya henset hilang kena curi..

alif : kat mana kena..

miau : ciba* aku pi mabuk kat pub malam tu.. kawan aku bawak aku balik. sedar2 henset
hilang. Orang selup poket.

alif : padam muka hang.


moral --> selalu berhati-hati walau anda berada di mana pun. Kecurian tidak berbau.

-HOUSE KEEPING-

mlm ni cuti so takde plan.
seperti biasa yang biasa di hari cuti kemas rumah la.
dari pukul 12-4 pagi kemas rumah (termasuk waktu mengular tengok tv).
perut dah lapar nie.
niat nak pi makan kfc, tapi tutup pulak.
tulis 24 jam.tapi tutup.
pi McD lah senang.
Ya rabbi mahal sungguh mcd.
dah la tak kenyang.
lepas tu terpaksa pi cari nasi lemak jugak la.
baru kenyang.





bro eksyen bermain guitar. (sekadar gambar hiasan)

-BAS ASAP-

leceh betul ar bas kat penang ni..
terutama kawasan kilang nie..
hidup ni 20% dengan asap bas kilang.
pi kerja kena asap.
balik kena asap.
asap yang hitam pekat tu pulak.
dah asap tu berminyak,
kalau wangi tak pa la pulak.
depan rumah pun bas lalu.
tembak asap jugak.
bas yang baru2 ok..
bas yang lama2 problem betul.
kesian kat pemandu motosikal macam aku.
apa la nak jadi macam nie.

Wednesday, November 19, 2008

-: Penang factories mass shut down and bad time...-

Flextronics 4 days week for Month Nov and Dec.

AMD Penang announced this morning VSS lay off 500 employees.

Spansion force to take leave (5 days in this quarter)

Jabil planned shut down from Dec 24 to Jan 4, will be 6 days leave.

Agilent planned shut down from Dec 24 to Jan 4, will be 6 days leave. Jan09 might have another shutdown. No increment 2008 review.

Avago no plan shutdown as no more in house production, hiring freeze.

ASE shut down every fortnightly on Monday starting from Nov 3..

Fairchild planned ‘Mass Vacation’ for 9 days leave in FY08

INTEL – No increment 2008 review, VSS for those under perform and massive cut cost/travel 2009, no shutdown plan yet

Motorola, Penang- Still hiring+profit, suspect got government ‘look after’, Singapore cellphone plant cut 800 job and now waiting for sale.

Siltera, kulim – Propose close down this Malaysian 1st Fab company, loss RM4billion in 2008

Wednesday, November 12, 2008

-senarai harga barangan minyak enjin dan bateri kereta-

http://h1.ripway.com/alifbro/kereta.htm

Monday, November 10, 2008

-cuti di Kulim-




pergi ke kulim hari khamis,
tinggal kat rumah budin,
banyak peristiwa yang menhiburkan,

Naik moto waktu malam pergi kulim nak pi rumah budin.
Perjalanan mengambil masa 1 jam campur sesat mesat.
Sampai dirumah dilayan baik oleh rakan kat sana.

Makan nasi pon dekat rumah paknon, pedas.
Malam pergi melepak di medan keladi. lepak kat kedai mak Am (hidayah char ko tiau)
Time tu sambil menonton arsenal lawan mu (arsenal menang 2 1)
Karokey kat star planet 6 lagu (karokey open)
Balik2 tak ada suara.



Untuk Hari ini :-
satu peristiwa yang tak dapat dilupakan..
pagi = tidur.
tengah hari = bangun tidur

mat ki ajak pi makan nasi kandar.
lepas tu balik main pok den sampai maghrib.
the best mula2 main pokden main jentik jari.
lepas tu melarat ke starlite dahi.
lepas tu buat helikopter lima kali.
lepas tu minum air.

aku kena:
-helikopter 40 pusingan.
-minum air 6 gelas (muntah nasi kandar)
-starlite dahi 6 kali.

lepas2 tu jadi orang tak betui dah.
malam pi jeming pulok

ADEGAN MENARIK:
Naik moto ondeway balik bayan lepas.
Lampu moto terpadam dari kulim sampai la kat rumah nie.
Memang membahaya..
tu ja..

anyway ni tilam baru aku beli.. tilam angin.. lepas ni bleh tidur lama..



Friday, November 7, 2008

-kulim-

journey tu kulim. kilang pun dah shutdown..
cuti taktau dah nak pi mana mai relek di kulim
enjoy =.=

Sunday, November 2, 2008

-Blog Terhenti Seketika-

disebabkan kesibukan semasa..
blog tak dapat di update untuk tempoh sementara.