Thursday, September 4, 2008

-ramadhan-

"ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna..
agar dapat ku tempuhi dengan sempurna.."

Sekarang pukul 4.15 pagi.. sambil menunggu untuk sahur..
Mendengar kembali lagu tu rasa seperti sudah semakin dekat dengan hari raya. Tapi ramadhan kali ini kurang meriah kerna aku telah masuk ke alam pekerjaan. Taraweh pun dah tak buat. Amalan-amalan di bulan ramadhan pun dah kurang.Kerja 12 jam memang memenatkan. Sesudah sahur dah ke tempat kerja, pulang kerja terus buka puasa. Malam hari penat, waktu tidur semakin awal kerana nak bangun pagi untuk bersahur pada pukul 4.30 pagi.

Bersahur beli kat depan rumah, lepas sahur tunggu azan sambil layan lu pikir la sendiri kat astro. Pergi kerja pula, kerja dalam air-con. Air dalam badan kering dek ditarik air-con ni ha. Terpaksalah bertahan. Mulutku yang ulser nie pun kian sembuh dah. Alhamdulillah.

Minggu nie tak cadang lagi balik kampung kerana tak sempat. Harap minggu depan sempat lah balik kampung. Dah le pendrive hilang pulak, lepas nie nak kena pi cari lain kat kedai. Masuk ni dah berpuluh² kali pendrive aku hilang.isk3.. naseb tak baik sungguh.

Berkenaan dengan hari raya pula.. harap2 bos bagi Replacement Leave fo Public Holiday pada raya ketiga dan keempat kerna pada waktu itu jatuh shif aku. So kalau buleh cuti jadi 8 hari la cuti.. sedap la jugak nak meraya di kampung halaman.

Diharap ramadhan kali ini bertambahlah amalan dan pahala. Amin.

2 comments:

  1. selamat berpuasa....
    actually sy menacri2 my friend's blog alih2 terbaca blog nie...
    u/p=pendrive tue gantungkan tali,then gantung la kat leher tue..insyaallah tak hilang.

    wish u all the best in life..

    ReplyDelete