Saturday, September 3, 2011

Suasana Hari Raya Aidilfitri 2011


 Sebelum pergi sembahyang raya

 Keluarga Pakngah

 Aku dengan Yusman

Aku dengan yusry

 Family aku (fatin tak ada dalam gambar)









 Majlis BBQ raya kedua







Monday, August 29, 2011

My Uv Filter Kit Lens Problem

with broken filter

without filter


Kedua-dua gambar di atas telah menunjukkan bahawa filter yang kini ku pakai sudah rosaknya pun. Bila pakai filter dia akan jadi dreamy2 skit.
Sorry berselerak, bilik bujang.

Thursday, August 25, 2011

Kad Raya 2011. Selamat Hari Raya.


Hari raya sudah dekat. Di kesempitan ini, saya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat. Minta maaf semua salah dan halalkan semuanya. Kali ini adalah raya yang pertama tanpa tokwan (datuk), namun Alhamdulillah kita yang masih hidup ini bergembiralah sehingga tidak melebihi batas. Suatu hari nanti kita juga akan ke Sana, kita cuma sekejap sahaja di dunia, tetapi akan kekal selamanya di Sana. Harapan kita ada syurga Insyallah. Sekali lagi saya bermohon maaf kepada semua jika ada salah dan silap. Kalau kita maaf orang, orang maafkan kita. Hehehe.

Sunday, August 21, 2011

Raya ni nak berjubah pulak

Malam tadi, pergi pekan rabu. Pi dengan bal ismail, is, dikmi, jep, atan. Ada satu kedai tu. Jubah dia sangat cantik. RM100. Dia bagi paling murah dah tu. Try punya try, tak ambek pun. Nak pi servey kot lain pulak kot2 ada lagi cantik. Beli lebai jelah.

Friday, August 19, 2011

Mucinex menghilangkan kahak



Musim kahak datang kembali. Mungkin minum byk ais. Semalam dua malam lepas, tidur sangat susah, nak bernafas pun susah, hidung sumbat, kahak kat rengkung boleh rasa, byk. Nak buang kahak tak reti, tak keluar2 pun. Pagi tadi bangun rasa mcm ada benda tersumbat dekat rengkung. nak telah air liur pun susah. hidung dua2 tersumbat, nafas pakai mulut ja. Lepas saja buka puasa, terus titik iliadin dalam hidung, ok hidung dah ok. Tapi masih boleh rasa dekat rengkung betapa melekitnya kahak itu. Hohohoho. Petang tadi tengok iklan Mucinex, dia kata "mucinex ada, kahak tiada", terus ler beli ubat nie. Rasa ok la sikit. Tapi kenapa ada rasa geli2 lagi kat rengkung nie? Rasa mcm nak minum air asid kot hidung, rasa nak vakum rengkung pun ada.

Tuesday, August 16, 2011

Makin makan banyak, makin malas


Gambar di atas ni, aku copy dari google image. Perlu tak aku minta kebenaran tuan gambar? 
Sebenarnya tak perlu. Dia upload ke blogspot (hosting dari google), jadi google punya.
Setiap gambar yang diupload ke free server, bermakna, server itu punya.
Kalau kita cakap itu gambar kita, kita salah.
Kecuali sewa hosting atau ada server sendiri, kalau orang copy, memang itu salah.
Contoh alifbro.com, hehehehe. Siapa copy gambar dari blog aku, tak salah, sebab aku pun upload ke google.
Hosting aku cuma 200MB je. Sedikit. Boleh letak data dan webpage kiranya.
Kalau dari blog.alifbro.com, landasan dari blogspot juga.

Tetapi bukan mahu cerita tentang gambar.
Bukan mahu cerita tentang hosting.
Bukan mahu cerita tentang sang kancil dan buaya.

Ada satu cerita.
Cerita tentang makan.
Makan ketika berbuka.
Satu pinggan?
Dua pinggan?
Tiga pinggan?
Satu talam lima orang?
Satu talam empat orang?
Semua di atas tak ada kena mengena.

Nafsu makan ini sangat membuak-buak.
Tambahan lagi bila ada di depan makanan berbuka puasa.
Dengar saja azan, makan pun tak ingat dunia.

Bila banyak sangat makan, hati pun senang.
Tetapi, sifat malas ++++
Dan rasa berat mata.
Dan rasa malas bergerak.
Dan bila taraweh, rasa berat sangat badan.
Oleh itu, makanlah berpada-pada.
Ketika berbuka puasa.

Kalau sahur, makan banyak-banyak.
Itu petua nak kuruskan badan macam saya.
Saya telah hilang 0.2kg bulan puasa ini. Wow! 
Memberasangkan.

Tuesday, August 9, 2011

Menghabiskan masa di sini


Hi all,
Sebenarnya aku x suka wide lens .45 converter aku ni. Lagipun aku beli ni saja suka2 main2 ja (nak sedapkan hati sendiri). Gambar kat atas yang you all tengok tu dari wide lens tu, sengaja aku process bagi jadi classic sebab kalau gambar colour dia jadi huduh kerana terdapat flare di setiap line dan shape objek dalam gambar tu.
Sempena bulan Ramadhan ni, aktiviti malam hari banyak dihabiskan di sini. Maafla bilik yang serabut, almari penuh dah sebab tu pakaian pun melimpah ke meja komputer tu. Bilik bujang, standard lah.
Sebenarnya aku tengah bermain dengan preset adobe lightroom nie, aku download dekat 700 preset bundle punya. Jenuh.