Saturday, May 30, 2009

-Baby Zizry Dah bEsaR daH-





Time ni baru 3 bulan


yang ni 5 bulan kot (gambar mms dari ibunya,kecik skit)




yang nie dah 10bulan

cepat membesar eh.. =)







Wednesday, May 27, 2009

-Tali Guitar Baru-

Halo kawan2,
aku dah tukaq tali gitaq baru (haha .. gitaq tu.. )
tukaq hat murah2 saja,
nanti hampa main sampai putus pulak no boleh aku tukaq len pulak no.
(perli tahap gaban),
hahaha.

-Penangguhan Bayaran Balik Ptptn-

Soalan 3: 
Saya ingin menangguhkan pembayaran balik pinjaman kerana sedang menyambung pengajian. Bagaimanakah caranya? 

Jawapan : 
Sila kemukakan surat rasmi permohonan penangguhan atau isikan borang penangguhan yang boleh diperolehi di laman web PTPTN bersama dokumen sokongan berikut  dan hantarkan kepada PTPTN untuk pertimbangan:

1. Salinan surat tawaran pengajian yang telah disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan/Profesional;
2. Salinan surat tawaran penaja baru yang telah disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan/Profesional (jika mendapat tajaan dari penaja lain selain PTPTN);
3. Surat pengesahan tarikh tamat pengajian dari IPT (jika tiada dalam surat tawaran); dan
4. Salinan transkrip dan sijil bagi peringkat pengajian yang telah tamat (jika berkaitan) yang telah disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan Pengurusan/Profesional.

Sila ambil maklum bahawa hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses. 
Dimaklumkan juga bahawa kos pentadbiran sebanyak 3% setahun tetap dikenakan sepanjang tempoh penangguhan.
 

-Download Link Gambar KL-

Mr Johan, Download kesemua link kat bawah nie.
Satu link dalam 50Mb, Internet kilang laju. takpa.. hehe [Format .rar]
Kalau takdak winrar download kat http://filehippo.com


Regards,
Alif

-PERJALANAN KE UM-


Cerita mula cam nie. Malam tu (esok tu nak pi kl) tak bleh tidoq. Nak tau sebab apa tak bleh tidoq? besa la minum kopi mix, cuba tidoq banyak kali tapi takleh tidoq gak? tidoq tau dak menatang apa? tidoq tu tidur la. Apa hat tu pun taktau.

Pukui 6.30 pagi ahad (24/05/09), start kereta pi penang dulu ambek Mr Johan (abang). La lupa nak habaq, dok cerita2 lupa pulak. Tujuan cerita ni nak habaq kata pi antaq adik (azmeer)pi UM, dia dapat asasi sains hayat kat sana. Tahniah kat dia.

Dalam perjalanan tu berenti sat kat gurun sarapan (tapi macam makan tengahari), lapaq tak sangga sebab malam tu tak makan apa pun, makan nasi ikan temenung dengan petai skit, nak aram mahai mampuih, kena nam ringgit. kapak takdak dah. isk2.

Sampai ja di jambatan terkejut tengok jambatan (besala perak jakun),dulu time keja kat sana dalam proses melebarkan jambatan, tapi tengok2 dah lebaq dah.besaq sungguh lebaq dia. 4 biji kereta pun celuih kalau nak pi belumba haram. Pagi tu smpai la di rumah sewa encik Johan lalu ambek dia. Lepas tu teruskan perjalanan ke kl la, aku dok sebelah ja, sama2 abang aku driving aku terus dok tepi lena, lena sampai kl, bangun sat2 ja kat perhentian r and r. 
Smpai kl ja jadi serabut macam mana xtau, crowded sangat, nasib kereta ada ekon, kalau dak berasap pa kulit. Dok pusing pi pusing mai cari hotel, dok check in kat hotel yang diberi nama KLIH (kuala lumpur international Hotel), nama macam hebat, tapi boleh la, tak hebat mana pun la hotel tu.

Petang tu terus pi jalan2 kot Mydin, nak beli barang adik skit buat bekalan di akhirat. hehe beli timba apa tu la.takkan hat tu pun nak kena habaq.hahaha.Dah tu parking kat situ kena 8 ringgit, murah gila.. tak pernah jumpak parking murah2 tahap tu. Dah abeh2 shopping tu terus la nak pi tengok UM, cari jalan, (ni nak cerita jalan taktau lagi la) .. pusing pi pusing mai, memang dok pening la signboard sana paham2 la.. mula2 dia kata jalan bangsar kona kanan, lepas tu dia tak habaq dah,hilang lagu tu ja. isk3 penin2. 

Last2 sampai juga kat UM, berpandukan menara telekom hat bentuk macam hantu tu, refer hat tu ja, sebab UM dok kat situ. Sampai2 ja bergambar sakan la kat sana (besa la takkan nak habaq banyak kali kot, perak jakun), lepas tu terus ke Midvalley sebab dah dekat dah. Jumpak la fie (bdk kelas) kat sana, sebab dia memang dok kat area2 sana. Lepak2 kat midvalley tu makan kfc dulu, nak makan benda lain bukan takmau, tapi takut harga mahai. paham2 la keadaan di sana. mee goreng pun 16 ringgit (mak aku la kata, aku tak kata)..

Malam tu terus balik hotel penat bejalan, dok ingat nak pi putrajaya jumpak muiz tapi takdan dah, tambah penat tak tidoq la apa la. memang penat. 

Malam tu tak cakap banyak dah, tidoq terus sampai ke pagi. Dah la hotel macam apa lagi, tandas dia memang canggih terlampau. nak bukak paip ayaq pun susah.isk3.
Lepas tu pagi tu siap2 sarapan dulu kat kafe hotel tu, dia bagi kupon 2 ja. tapi tibai serupa ja.. aku mak aku adik aku semua pi makan sekali . haha. lepas tu nak bertolak. jumpa la sepupu mak , teh, bukan teh ais. nama dia orang panggil teh. puteh la kot nama dia. Kami bertolak sekali pi UM. 

Sampai ja di sana masyallah, jalan jem toksah dok kata, penat tekan clash, dah la gon, silap bawak kereta manual, kalau bawak hat auto nu pun takpa.Nasib abang aku yang bawak.hahaha. tapi aku pulak kena turun pi jadi pakgat, nak halang kereta, kalau dak lambat satgi. (biasala.. sekali sekala jadi polis trafic) .. Time petang tu ada taklimat untuk waris dan pelajar, aku sempat la rehat2 kat bilik adik aku. Kolej kediaman macam asrama sekolah, biasa la,.. universiti tua, boleh la takat nak dok, tapi UTHM elok lagi. hehe.

Petang tu nak balik lalu kot depan dataran merdeka. Tudiaa.. mat salleh dok bercumbu pulak depan dataran merdeka, dah la kereta banyak, boleh dok cium2 kat zebraline tu. lawak2. Pastu singgah sogo mak beli barang, pastu balik la.Balik mana? balik jitra la. isk.

Aku macam biasa la melakukan hobi biasa.. tidur ja kerja aku, sampai ja kat muzium mak aku gerak .. "alip.. ambek gambaq muzium tu".. aku dengan terkejut bangun dari jaga lalu mencapai kamera yang berada dalam dashboard tu, dengan tanpa bercakap banyak aku nak bukak tingkap (kereta tinted, tangkap gambar tak bukak tingkap satgi kelam la), tiba2 aku pi bukak pintu, time tu kereta tengah laju, haha. .. mamun.. camna leh pi bukak pintu sedangkan suis tingkap dengan pintu lain.kesian kat aku.

Lepas tu tidoq punya tidoq sampai bukit semanggol rnr rehat2 semayang apa kat situ sat. Lepas tu aku terus drive la balik jitra (hantaq abang aku balik penang dulu), tekan 140km/h ..laju dak?.. kira laju la tu .. dok race2 apa semua.. time tu mak dengan abang dok tidoq depa tak sedaq.. aku potong semua kereta, bangga2.. (alhamdulillah nasib baik selamat sampai ke jitra). 
Demikianlah cerita percutian sejauh 1120km. 


Ni antara gambar2 yang nak diselitkan, maaf la susunan terbalik, ntah blogspot nie, kalau nak upload kena choose gambar last dulu, kalau choose gambar ikut susunan biasa, dia jadi terbalik macam nie lah.hahaha.



Ni la gambar mat soleh yang dok bercium sakan depan dataran merdeka tu.



Adik ketika hendak ditinggalkan keluarga.



Jumpa keluarga teh lepas sarapan pagi kat hotel tu.



Ni la keadaan hotel yang serabut, sempat lagi ambek gambar.



Gambar ni pulak terdiri daripada artis2 astro. yang aku kenai tam dengan farhan ja. yang lain tu macam artis AF apa tu la. Tapi yang bestnya time aku nak ambek gambar dari tingkat tiga dia perasan, dia pun cakap "ramai penonton kita hari ini, ha tu ha, kat atas tu ada abang kita nak ambek gambar, peace!!", haha, aku pun dengan cuaknya menekan button shoot la, terketar2 tangan, sayang la blur skit.




Fie dengan mak aku. 



Posing kat UM bersama abang dengan mak. Taf dak? hehe



With my sibling at UM



Ni la parking tu, mahai serupa ayam. Kalau KLCC takpa gak.Ni pekan jalan masjid india ja pun.



Keadaan hotel. Hebat tak? Jam banyak, semua waktu kat dunia ni yang top2 ja.



Senyum... 



Ni la gambar jambatan pulau pinang yang telah diperbesarkan, gajah 8 ekoq pun buleh masuk.


Saturday, May 23, 2009

-Peperiksaan SPA-


Merujuk kepada perkara di atas,
Saya telah dipanggil untuk peperiksaan untuk Pen. Pegawai Kawalan Trafik udara A29.
Apa benda trafik udara tu. Miahaha.. Saya pun taktau.
Time isi borang dulu main isi je yang mana bunyinya sedap.
Tapi tak pergi kot peperiksaan tu, sebab dah sambung mengaji.
takkan nak mengaji sekerat jalan pulak kan.
Geram pun ada, time2 orang sambung belajar lah depa nak hantar surat.
Hish.. ni dia aku tak boleh nie.
Time tak belajar dok kerja kat kilang Penang tak mai surat pun. haha.
Apa-apa pun aku teruskan pembelajaran..

-Bersukan di Kolej Height Darulaman-

Letihnya bersukan...
Malam nie alif nak bercerita tentang Kolej Height Utara ni..
Apakah kisah yang terjadi pada malam ini..
Cerita begin...
Sebelum itu alif nak perkenalkan watak-watak yang terlibat..
::alif, apit, Mak, Makcik Not, anak-anak macik not,Bangla jaga jalan::

Selepas menunaikan solat maghrib, mak bersemangat menjerit nama aku suruh aku siap untuk pergi ke tempat nie.(tempat ni tiap2 malam mak aku pi)..
Mula² pi rumah apit ambek dia, lepas tu pi kat tempat nie.
Motif utama pi sana adalah nak pi main badminton ja, takdak apa pun.
Aku bergu dengan mak aku, apit bergu dengan makcik not..
Kami main dua set, dua2 aku kalah. ahahaha.. (bagi chan saja tu.. :P)
Memang tidak terhingga kehebatan makcik not main badminton..
Kiri.. Kanan.. Kiri.. Kanan.. aku pun letih nak ambek bola dia..
Walaupun makcik not sedikit gemuk, tapi masih aktif..
Mak aku pun terer jugak.. malas nak puji.. satgi kembang lak..
Dah la petang tadi dok shuffle kat dapur. adeh .. adik aku yang ajar..
macam orang kawad kaki la pulak tengok mak aku shuffle. miahaha.. (saja suka2)..
Lepas abis ja men badminton, terus aku dan apit terjun kolam renang..
Mak aku dengan makcik not pi gym..
Aku bangga walaupun mak aku dah tua.. 50 dah,.. tapi masih kuat dan aktif..
Tapi satu ja.. bila dia penat kalau kacau abes la.. hehe paham2 la..
Itulah kisahnya.. 
Dan hidup time cuti ni dah tak boring dah..
Boleh bersukan di malam hari..
Walaupun dengan family..
sebenarnya mak aku dengan mak cik not ja ahli kelab,
Kami masuk curi2 la. hehehe..