Wednesday, May 18, 2011

Zizry yang menjangkau 3 tahun



rambut dah mcm abu bakar elah

Makan di Kuala Perlis

Terasa ingin merasa angin pantai, maka datanglah ia ke Pantai kuala perlis menikmati makanan laut dan angin pantai.



Monday, May 16, 2011

Kayak time di darulaman park

Hari-hari asyik terperap di rumah, seronok juga kalau pergi beristirehat bersama family di darulaman park (tasek). Last dulu pernah naik kayak yang jenis dua orang punya, tapi kali ini ambil yang sorang punya. Melelong jugak nak bawa sebab ringan sangat.

Kak ika dan fatin

Aku naik sorang-sorang

Darulaman Park


 Mak dengan anak angkat



Cubaan berdiri yang menyebabkan kayak tu hampir terbalik

First Time memancing dapat ikan

Dari kecil lagi saya memancing, pernah memiliki joran, tetapi tak pernah dapat ikan. Dulu, time kecik, dalam darjah tiga, mancing pakai umpan katak, udang, cacing, dan yang katak palsu tu. Tetapi tak pernah dapat ikan. So, dah malas dah la nak mancing. Dulu antara tempat yang top untuk mancing kat sungai tok awang (lampam), tasik darulaman (time tak jadi tasik lagi), sungai jitra, dll. Dua tiga hari lepas, hamdan ajak pergi mancing dekat sungai kuala pai, mancing dalam kul 6 setengah sampai 7 setengah, saja mancing sebab dah alang-alang balik kampung. Akhirnya berhasil juga dapat 2 ekor lampam.

Persediaan buat umpan guna dedak dan tepung

Yang ni joran aku pinjam, kecik ja tapi dapat 2 ekor ikan


Tudia cari makan kot dalam kampung



My Birthday 12 May 1987 yang ke 24

Hari jadi saya jatuh pada 12 May 1987 di mana sekarang umur saya telah meningkat ke 24 tahun. Dan kali ini merupakan sambutan hari jadi kali pertama sejak saya dilahirkan. Terima kasih kepada yang sudi datang. Maaflah sambutan buat kecil-kecilan, hanya yang terdekat saja saya panggil. Terima kasih kepada ibu dan bapa saya yang telah membuat sambutan hari jadi saya yang dirancang 1 jam sebelum hari jadi. Haha.

Inilah kek yang telah ditempah oleh mak time beliau balik kerja

Lilin terlampau banyak sampai kek cair

Time nak tiup lilin

Tetamu yang hadir

Iqbal, cameraman

Album terbaru

Berlakon je semua tu

Album pertama unggu


Saturday, April 9, 2011

PSM

projek sarjana aku bertukar tajuk lagi..
setelah senior aku mendapat result negative apabila memakai coir fiber sebagai reinforcement material..
jadi aku tidak lagi digalakkan memakai coir fiber..
jadi sekarang aku pakai silicon carbide whisker (SiC)
yang didapati daripada jerami padi..
harap2 projek aku berjalan dengan baik..
Amin ya rob..

Saturday, April 2, 2011

Projek Design 2

Isnin ni present projek design..
byk lg tak siap ni..
time2 hujung mcm nie ler circuit elektrik bermasalah..
dugaan oh dugaan..
kenapalah tak banyak kedai elektrik yg pakar di kawasan parit raja nie..
(-_-)